Bai'ah - Ramai Wakil Rakyat Pas Tangguh Hasrat Sertai Mat Sabu

Ramai wakil rakyat dan pemimpin Pas berhasrat untuk menyertai Parti Pekerja Malaysia walaupun terpaksa menangguhkan seketika penghijrahan tersebut kerana Bai'ah yang dilafazkan masing-masing.

KOTA BHARU - Ramai wakil rakyat dan pemimpin Pas berhasrat untuk menyertai Parti Pekerja Malaysia walaupun  terpaksa menangguhkan seketika penghijrahan tersebut kerana Bai'ah yang dilafazkan masing-masing.

Pengerusi Parti Pekerja Malaysia, Mohamad Sabu atau Mat Sabu mengakui perkara itu dan wakil-wakil rakyat Pas terutamanya dari Kelantan akan merujuk pakar-pakar agama terlebih dahulu sebelum membuat sebarang keputusan kerana ia melibatkan lafaz talak tiga tersebut.

"Ramai wakil rakyat Pas berminat menyertai Parti Pekerja tetapi masih takut untuk keluar parti kerana terikat dengan bai'ah dan taklik talak tiga bagi mereka di Kelantan," katanya selepas menyampaikan ceramah parti itu di Kampung Belimbing, Tanah Merah, kelmarin.

Turut hadir, Ahli Parlimen Kuala Krai yang juga Ahli Jawantankuasa Parti Pekerja, Dr. Mohd. Hatta Ramli, Naib Pengerusinya, Hasanuddin Mohd. Yunus dan Pengerusi Parti Pekerja negeri, Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah.

Ketika ditanya mengenai jumlah sebenar wakil rakyat yang didakwa bakal berhijrah itu, Mat Sabu hanya menegaskan, jumlahnya cukup besar.

"Saya tak boleh sebutlah berapa ramai wakil rakyat Pas akan sertai Parti Pekerja, tetapi ramailah. Cuma menunggu sikit 'clearance' (pencerahan) pasal bai'ah.

"Apabila sudah jelas (bai'ah) nanti ramailah yang akan sertai. Mereka juga sudah nilai pandangan ulama Mesir, Yusuf al-Qaradawi dan beberapa ulama lain mengenai soal itu,"katanya.

Harapan Baru yang merupakan serpihan Pas telah mengambil alih Parti Pekerja untuk bergerak sebagai sebuah parti politik seterusnya membentuk pakatan pembangkang baharu bersama DAP dan PKR.

Dengan pengambilalihan tersebut, 10 wakil rakyat Pas iaitu masing-masing lima ahli Parlimen dan Adun yang berada dalam senarai kepemimpinan Parti Pekerja, secara automatik terbatal keahlian dalam Pas.

Antara pemimpin serta wakil rakyat Pas yang menyertai parti itu ialah Mohd. Hatta, Ahli Parlimen Kota Raja, Dr. Siti Mariah, Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad dan Ahli Parlimen Parit Buntar, Dr. Mujahid Yussof Rawa.

Dalam perkembangan yang sama, Mat Sabu mengulangi harapannya untuk memastikan hasrat 50,000 ahli menjelang 16 September ini, akan tercapai.

"Kita tidak pernah memaksa mana-mana pihak untuk menyertai Parti Pekerja dan ia dilakukan secara sukarela. Sesiapa sahaja, Pas, Umno pun boleh masuk menyertai parti ini," katanya, lapor Sinar Harian.

COMMENTS

Name

Advertorial Bisnes Business Dunia Events Featured Food Health Health Tips Homestay Informasi Interests Kerajaan Kerjaya Latest Lifestyle Melaka Menarik MH17 Money Mutakhir Muzium News Politik Relationships & Family Resepi Restoran Semasa Sukan Tempat Menarik Terkini Travel Trending
false
ltr
item
Melaka Post: Bai'ah - Ramai Wakil Rakyat Pas Tangguh Hasrat Sertai Mat Sabu
Bai'ah - Ramai Wakil Rakyat Pas Tangguh Hasrat Sertai Mat Sabu
Ramai wakil rakyat dan pemimpin Pas berhasrat untuk menyertai Parti Pekerja Malaysia walaupun terpaksa menangguhkan seketika penghijrahan tersebut kerana Bai'ah yang dilafazkan masing-masing.
http://3.bp.blogspot.com/-cDTnFXmvnHc/VehL4zmkYUI/AAAAAAAACRQ/Urxd3JaJkXI/s320/Mat%2BSabu.jpg
http://3.bp.blogspot.com/-cDTnFXmvnHc/VehL4zmkYUI/AAAAAAAACRQ/Urxd3JaJkXI/s72-c/Mat%2BSabu.jpg
Melaka Post
http://www.melakapost.com/2015/09/baiah-ramai-wakil-rakyat-pas-tangguh.html
http://www.melakapost.com/
http://www.melakapost.com/
http://www.melakapost.com/2015/09/baiah-ramai-wakil-rakyat-pas-tangguh.html
true
1575416290602252359
UTF-8
Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All ANDA MUNGKIN MEMINATI INI LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS CONTENT IS PREMIUM Please share to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy