ATM Kerah 200 Anggota Kesan 7 Murid Orang Asli

Angkatan Tentera Malaysia (ATM) mengerah lebih 200 anggota dan empat helikopter bagi membantu operasi mencari dan menyelamat tujuh murid Orang Asli yang hilang sejak 23 Ogos lepas.

KUALA LUMPUR - Angkatan Tentera Malaysia (ATM) mengerah lebih 200 anggota dan empat helikopter bagi membantu operasi mencari dan menyelamat tujuh murid Orang Asli yang hilang sejak 23 Ogos lepas.

Panglima ATM, Jen Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin berkata pihaknya dipanggil membantu operasi mengesan murid Sekolah Kebangsaan (SK) Tohoi di Gua Musang, Kelantan itu, yang dikendalikan Polis Diraja Malaysia (PDRM) sejak 1 September lalu.



"Kita telah mengerahkan anggota, helikopter tempur jenis Agusta dan unit anjing pengesan untuk membantu operasi mengesan tujuh murid Orang Asli yang hilang itu," katanya.

Zulkifeli berkata ATM diberi tanggungjawab mengesan mangsa di kawasan yang mempunyai kemungkinan mereka berada seperti di dalam hutan.       

Pada 23 Ogos lepas, tujuh murid Orang Asli iaitu enam perempuan dan seorang lelaki berusia antara tujuh dan 11 tahun dilaporkan hilang selepas melarikan diri dari asrama sekolah kerana takut dikenakan tindakan oleh guru kerana didapati mandi di sungai tanpa kebenaran.

Selain ATM dan PDRM, operasi itu turut disertai Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Jabatan Sukarelawan Malaysia, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia dan Jabatan Kemajuan Orang Asli. - Bernama

COMMENTS

Name

Advertorial Bisnes Business Dunia Events Featured Food Health Health Tips Homestay Informasi Interests Kerajaan Kerjaya Latest Lifestyle Melaka Menarik MH17 Money Mutakhir Muzium News Politik Relationships & Family Resepi Restoran Semasa Sukan Tempat Menarik Terkini Travel Trending
false
ltr
item
Melaka Post: ATM Kerah 200 Anggota Kesan 7 Murid Orang Asli
ATM Kerah 200 Anggota Kesan 7 Murid Orang Asli
Angkatan Tentera Malaysia (ATM) mengerah lebih 200 anggota dan empat helikopter bagi membantu operasi mencari dan menyelamat tujuh murid Orang Asli yang hilang sejak 23 Ogos lepas.
http://2.bp.blogspot.com/-Ua3RrcjYIrg/VfBAJhob-6I/AAAAAAAACXw/q-pcTEq4SkM/s320/atm.jpg
http://2.bp.blogspot.com/-Ua3RrcjYIrg/VfBAJhob-6I/AAAAAAAACXw/q-pcTEq4SkM/s72-c/atm.jpg
Melaka Post
http://www.melakapost.com/2015/09/atm-kerah-200-anggota-kesan-7-murid.html
http://www.melakapost.com/
http://www.melakapost.com/
http://www.melakapost.com/2015/09/atm-kerah-200-anggota-kesan-7-murid.html
true
1575416290602252359
UTF-8
Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All ANDA MUNGKIN MEMINATI INI LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS CONTENT IS PREMIUM Please share to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy