Akar Umbi UMNO Johor Bersuara

Lebih 10,000 ahli akar umbi Umno Johor dijangka menghadiri Solat Hajat Perdana jam 8 malam ini, bagi mendoakan tiada pemecatan terhadap Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam mesyuarat Majlis Tertinggi Umno, esok.

Skudai - Lebih 10,000 ahli akar umbi Umno Johor dijangka menghadiri Solat Hajat Perdana jam 8 malam ini, bagi mendoakan tiada pemecatan terhadap Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam mesyuarat Majlis Tertinggi Umno, esok.

Ahli Umno Cawangan Presint Bakti (Mutiara Rini), Hashim Abdullah berkata, solat hajat itu merupakan inisiatif akar umbi Umno Johor dan berlangsung secara serentak selepas waktu solat Maghrib di lebih 30 masjid serta surau seluruh negeri Johor.

Menurutnya, rata-rata akar umbi Umno negeri itu berharap tiada pemecatan dibuat terhadap mana-mana pemimpin kanan Umno kerana bimbang menyebabkan berlaku perpecahan lebih teruk dalam parti itu.

“Solat hajat ini mula digerakkan sejak seminggu lalu selepas kami menerima maklumat akan berlaku pemecatan terhadap beberapa pemimpin dalam mesyuarat Majlis Tertinggi nanti.

“Kami tidak mahu ia berlaku terhadap Muyiddin dan pemimpin lain termasuk Naib Presiden, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir,” katanya.

Selain itu, Hashim berkata, akar umbi amat berharap agar ahli Majlis Tertinggi membuat keputusan rasional dengan mengutamakan perpaduan dan penyatuan parti dalam sebarang keputusan diambil.

“Penganjuran solat hajat ini bukan mahu menentang arus tetapi mahu mewujudkan penyatuan dalam Umno kerana ahli mula kucar-kacir sejak Muhyiddin dipecat sebagai Timbalan Perdana Menteri.

“Kami bimbang pemecatan dalam parti akan menyebabkan perpecahan lebih teruk dan menggugat kepercayaan akar umbi terhadap Umno menghadapi PRU14,” katanya.

Sementara itu, Ahli Umno Taman Sri Skudai, Mohd Saharuddin Mohd Jamal berharap pemilihan Umno diteruskan pada tahun depan dan tidak ditangguhkan sehingga 18 bulan lagi.

“Kami berharap Tan Sri (Muhyiddin) dikekalkan sehingga pemilihan Umno berlangsung dan tidak mahu pemilihan ditangguhkan seperti dimaklumkan,” katanya.

Bagi Setiausaha Kerja Pemuda Umno Bahagian Tebrau, Omar Ponijian, akar umbi Johor berharap Presiden dan ahli Majlis Tertinggi Umno tidak akan membuat tindakan yang boleh melemahkan parti termasuk memecat orang kanan dalam Umno.

Katanya, dalam suasana politik semasa yang dilihat kurang memihak kepada Umno dan BN, sepatutnya pucuk pimpinan melakukan pelan pemulihan mengembalikan keyakinan rakyat memilih Umno sebagai tunjang kerajaan. - Sinar Harian

COMMENTS

Name

Advertorial Bisnes Business Dunia Events Featured Food Health Health Tips Homestay Informasi Interests Kerajaan Kerjaya Latest Lifestyle Melaka Menarik MH17 Money Mutakhir Muzium News Politik Relationships & Family Resepi Restoran Semasa Sukan Tempat Menarik Terkini Travel Trending
false
ltr
item
Melaka Post: Akar Umbi UMNO Johor Bersuara
Akar Umbi UMNO Johor Bersuara
Lebih 10,000 ahli akar umbi Umno Johor dijangka menghadiri Solat Hajat Perdana jam 8 malam ini, bagi mendoakan tiada pemecatan terhadap Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam mesyuarat Majlis Tertinggi Umno, esok.
http://1.bp.blogspot.com/-ZnZkMxEAsJI/Ve5EAZz-wpI/AAAAAAAAHpU/0S93dPuILsk/s1600/muhyiddin-umno.jpg
http://1.bp.blogspot.com/-ZnZkMxEAsJI/Ve5EAZz-wpI/AAAAAAAAHpU/0S93dPuILsk/s72-c/muhyiddin-umno.jpg
Melaka Post
http://www.melakapost.com/2015/09/akar-umbi-umno-johor-bersuara.html
http://www.melakapost.com/
http://www.melakapost.com/
http://www.melakapost.com/2015/09/akar-umbi-umno-johor-bersuara.html
true
1575416290602252359
UTF-8
Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All ANDA MUNGKIN MEMINATI INI LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS CONTENT IS PREMIUM Please share to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy