Tabung Haji Komited Tingkat Prestasi Perkhidmatan Kepada Jemaah

Tabung Haji (TH) beriltizam untuk meningkatkan lagi prestasi perkhidmatan mereka kepada jemaah haji Malaysia menerusi pelbagai program penambahbaikan perkhidmatannya.

MAKKAH - Tabung Haji (TH) beriltizam untuk meningkatkan lagi prestasi perkhidmatan mereka kepada jemaah haji Malaysia menerusi pelbagai program penambahbaikan perkhidmatannya.

Menurut Pengurus Besar Kanan Tabung Haji (TH), Datuk Syed Saleh Syed Abdul Rahman, pada tahun lepas, Indeks Kepuasan Jemaah Haji (IKJH) dicatatkan pada tahap 86 peratus.

"Bagi tahun 1435H (tahun 2014) yang lalu, sasaran IKJH ialah 85 peratus, dan TH telah mencapai Indeks Kepuasan Jemaah Haji (IKJH) sebanyak 86 peratus, melebihi sasaran yang ditetapkan," katanya ketika berucap pada Majlis Taarruf Rombongan Haji Malaysia dengan Muassasah Asia Tenggara di sini, hari ini.

IKJH itu diperoleh menerusi borang kaji selidik yang diedarkan kepada jemaah haji.

Beliau berkata, CSI itu adalah selaras dengan dasar kualiti dan piagam pelanggan TH dalam penambahbaikan berterusan perkhidmatannya kepada pelanggan TH.

Beliau berkata, antara penambahbaikan yang dilakukan TH pada tahun ini ialah penambahbaikan dalam penyediaan garis panduan haji kepada jemaah haji, perkhidmatan kaunseling, pengenalan kod warna setiap maktab dan pembangunan sistem baharu teknologi maklumat TH.

Selain itu TH juga melakukan penambahbaikan perkhidmatan pergigiannya, penerbitan risalah bersejarah di Makkah untuk rujukan jemaah, dan pengenalan  tagline sebagai peringatan kepada jemaah haji untuk dihayati di Tanah Suci iaitu "Hadirku Sebagai Dhuyufurrahman" (hadirku bersama kemabruran).

"TH juga meletakkan azam yang jitu untuk melaksanakan tugas menguruskan haji pada tahun ini dengan berpegang dan menghayati motto perkhidmatan kami iaitu 'Bersama Santuni Dhuyufurrahman'." katanya.

Dalam perkembangan lain, ketika bercakap kepada pemberita kemudiannya, beliau berkata jemaah haji Malaysia yang telah berada di Tanah Suci Makkah dan Madinah sehingga Selasa (25 Ogos) ialah seramai 6,144 orang. Semua jemaah dilaporkan dalam keadaan baik.

Sementara itu, Ketua Muassasah Asia Tenggara Muhammad Amin Hassan Andargiri yang turut hadir pada majlis itu berkata pihaknya bersedia meningkatkan lagi kerjasama dengan TH dalam meningkat aspek kebajikan, keselamatan dan pergerakan haji Malaysia di Tanah Suci. - Bernama

COMMENTS

Name

Advertorial Bisnes Business Dunia Events Featured Food Health Health Tips Homestay Informasi Interests Kerajaan Kerjaya Latest Lifestyle Melaka Menarik MH17 Money Mutakhir Muzium News Politik Relationships & Family Resepi Restoran Semasa Sukan Tempat Menarik Terkini Travel Trending
false
ltr
item
Melaka Post: Tabung Haji Komited Tingkat Prestasi Perkhidmatan Kepada Jemaah
Tabung Haji Komited Tingkat Prestasi Perkhidmatan Kepada Jemaah
Tabung Haji (TH) beriltizam untuk meningkatkan lagi prestasi perkhidmatan mereka kepada jemaah haji Malaysia menerusi pelbagai program penambahbaikan perkhidmatannya.
http://1.bp.blogspot.com/-bpdaSuYsd6c/Vd1IXg_E3eI/AAAAAAAACN8/ViyDHU7MJbk/s320/jemaah%2Bhaji.jpg
http://1.bp.blogspot.com/-bpdaSuYsd6c/Vd1IXg_E3eI/AAAAAAAACN8/ViyDHU7MJbk/s72-c/jemaah%2Bhaji.jpg
Melaka Post
http://www.melakapost.com/2015/08/tabung-haji-komited-tingkat-prestasi.html
http://www.melakapost.com/
http://www.melakapost.com/
http://www.melakapost.com/2015/08/tabung-haji-komited-tingkat-prestasi.html
true
1575416290602252359
UTF-8
Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All ANDA MUNGKIN MEMINATI INI LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS CONTENT IS PREMIUM Please share to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy