Perniagaan Burger Buka Peluang Besar Kepada Usahawan Bumiputera

Bermula dengan modal RM2,000 bagi pengeluaran 200 keping burger sehari, Kumpulan Ramly kini berkembang menjadi sebuah syarikat bernilai hampir RM1 bilion.

KUALA LUMPUR - Bermula dengan modal RM2,000 bagi pengeluaran 200 keping burger sehari, Kumpulan Ramly kini berkembang menjadi sebuah syarikat bernilai hampir RM1 bilion.

Perkembangan syarikat ini turut membantu ramai bumiputera menjadi usahawan burger dengan rantaian lebih 25,000 gerai menjual burger jenama 'Burger Ramly' di seluruh negara dengan memperoleh pendapatan mencecah RM30,000 sebulan.

Pengarah Urusan Kumpulan Ramly, Datuk Ramly Mokni berkata usahasama antara Ramly Burger dan penjual burger, atau lebih dikenali sebagai 'Burger Boy', membolehkan usahawan kecil memperoleh pendapatan purata 5,000 ringgit sebulan, bergantung kepada lokasi.

Menurutnya, potensi perniagaan dan pendapatan yang baik menerusi penjualan burger menarik minat ramai golongan muda untuk menjadi 'Burger Boy' serta mewujudkan 70 pemborong dan pengedar produk Ramly di seluruh negara.

Syarikat itu juga dalam perancangan mengembangkan rangkaian cawangan menerusi jenama 'Ramly Halal Mart' kepada 450 cawangan berbanding 37 ketika ini menjelang 2020.

Sementara itu, Pengurus Projek Kumpulan Ramly, Badrulzaman Baharuddin berkata menerusi model perniagaan 'Burger Boy', ia membawa kepada penjanaan pendapatan yang konsisten kepada usahawan bumiputera, khususnya dalam mendepani kenaikan kos sara hidup ketika ini.

"Ini sebenarnya yang kita mahukan, value-added (nilai tambah), dan meletakkan (perniagaan burger) ke satu tahap yang lebih baik," kata Badrul.

Menerusi pembukaan kilang yang mampu mengeluarkan sehingga 15 tan burger dan pelbagai produk sejuk beku sejam, ia bakal meletakkan syarikat itu setanding dengan rangkaian restoran makanan segera luar negara, dipetik dari Astro Awani.

COMMENTS

Name

Advertorial Bisnes Business Dunia Events Featured Food Health Health Tips Homestay Informasi Interests Kerajaan Kerjaya Latest Lifestyle Melaka Menarik MH17 Money Mutakhir Muzium News Politik Relationships & Family Resepi Restoran Semasa Sukan Tempat Menarik Terkini Travel Trending
false
ltr
item
Melaka Post: Perniagaan Burger Buka Peluang Besar Kepada Usahawan Bumiputera
Perniagaan Burger Buka Peluang Besar Kepada Usahawan Bumiputera
Bermula dengan modal RM2,000 bagi pengeluaran 200 keping burger sehari, Kumpulan Ramly kini berkembang menjadi sebuah syarikat bernilai hampir RM1 bilion.
http://4.bp.blogspot.com/-pIZOSqBz8cg/Vd0_-0MJc9I/AAAAAAAACNY/crZ2UaynCbs/s320/Dato-Ramly-Mokni.jpg
http://4.bp.blogspot.com/-pIZOSqBz8cg/Vd0_-0MJc9I/AAAAAAAACNY/crZ2UaynCbs/s72-c/Dato-Ramly-Mokni.jpg
Melaka Post
http://www.melakapost.com/2015/08/perniagaan-burger-buka-peluang-besar.html
http://www.melakapost.com/
http://www.melakapost.com/
http://www.melakapost.com/2015/08/perniagaan-burger-buka-peluang-besar.html
true
1575416290602252359
UTF-8
Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All ANDA MUNGKIN MEMINATI INI LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS CONTENT IS PREMIUM Please share to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy