Operasi Cari MH370 Di Pulau Reunion Dihentikan

Operasi mencari lebih banyak serpihan pesawat Malaysia Airlines (MAS) penerbangan MH370 di Pulau Reunion dihentikan semalam.

KUALA LUMPUR - Operasi mencari lebih banyak serpihan pesawat Malaysia Airlines (MAS) penerbangan MH370 di Pulau Reunion dihentikan semalam.

Menurut Reuters, polis dan pasukan tentera di Pulau Reunion di Lautan Hindi itu menghentikan operasi selepas gagal memperoleh penemuan baharu.

"Pencarian sepuluh hari melibatkan sebuah pesawat tentara, dua buah helikopter dan sebuah bot laju polis tidak menjumpai sebarang serpihan lagi.

Objek yang dihanyutkan termasuk botol air telahpun diserahkan kepada pasukan penyiasat sama ada ia boleh dikaitkan dengan kapal terbang itu," menurut polis yang dipetik laporan berkenaan.

Bagaimanapun, menurut Reuters, pasukan itu akan terus bersiap siaga terhadap kemungkinan memperoleh penemuan baharu.

Pada 6 Ogos, pakar antarabangsa mengesahkan bahawa flaperon yang dijumpai di Pulau French Reunion bulan lepas adalah daripada Penerbangan MH370 - menyokong kesimpulan sebelum ini bahawa pesawat Malaysia Airlines itu terhempas di Lautan Hindi hampir 17 bulan lepas.

Pada 12 Ogos pula, Pusat Penyelaras Agensi Bersama Australia (JACC) mengesahkan bahawa bahagian daripada sayap pesawat itu adalah daripada MH370 yang belum dijumpai.

Pesawat MH370 hilang semasa dalam perjalanan ke Beijing dari Kuala Lumpur pada 8 Mac, 2014 dengan membawa 239 penumpang dan kru. - Bernama

COMMENTS

Name

Advertorial Bisnes Business Dunia Events Featured Food Health Health Tips Homestay Informasi Interests Kerajaan Kerjaya Latest Lifestyle Melaka Menarik MH17 Money Mutakhir Muzium News Politik Relationships & Family Resepi Restoran Semasa Sukan Tempat Menarik Terkini Travel Trending
false
ltr
item
Melaka Post: Operasi Cari MH370 Di Pulau Reunion Dihentikan
Operasi Cari MH370 Di Pulau Reunion Dihentikan
Operasi mencari lebih banyak serpihan pesawat Malaysia Airlines (MAS) penerbangan MH370 di Pulau Reunion dihentikan semalam.
http://3.bp.blogspot.com/-cYBsWv-BXbY/VbmHL2Jw3tI/AAAAAAAACLM/wuVe3EnIcDE/s320/mh370%2Bdebreeze.png
http://3.bp.blogspot.com/-cYBsWv-BXbY/VbmHL2Jw3tI/AAAAAAAACLM/wuVe3EnIcDE/s72-c/mh370%2Bdebreeze.png
Melaka Post
http://www.melakapost.com/2015/08/operasi-cari-mh370-di-pulau-reunion.html
http://www.melakapost.com/
http://www.melakapost.com/
http://www.melakapost.com/2015/08/operasi-cari-mh370-di-pulau-reunion.html
true
1575416290602252359
UTF-8
Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All ANDA MUNGKIN MEMINATI INI LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS CONTENT IS PREMIUM Please share to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy