Kerajaan Tidak Akan Berundur - Najib

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bertegas kerajaan tidak akan berundur sebaliknya akan terus mempertahankan negara daripada sebarang desakan yang cuba ditimbulkan kumpulan tertentu.

KUALA NERUS – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bertegas kerajaan tidak akan berundur sebaliknya akan terus mempertahankan negara daripada sebarang desakan yang cuba ditimbulkan kumpulan tertentu.

Beliau turut menyifatkan rakyat yang tidak menyertai himpunan Bersih 4.0 di Kuala Lumpur pada Sabtu dan Ahad lalu merupakan penyokong setia kerajaan yang sebenarnya.

“Saya tahu ribuan rakyat Malaysia yang tidak bersama (dalam perhimpunan berkenaan) sebenarnya penyokong setia kerajaan.

“Lawan tetap lawan, kita tidak akan berundur, tidak akan menyerah kalah sebab kita berada di landasan yang benar dan kita akan berjuang habis-habisan bagi membela negara yang dicintai ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Sambutan Hari Peneroka Felda Peringkat Kebangsaan 2015 di Stadium Tertutup Kompleks Sukan Negeri, Gong Badak, di sini, semalam.

Hadir sama, Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman; Pengerusi Felda, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad dan kepimpinan peringkat tertinggi yang lain.

Menurut Najib lagi, rakyat juga diingatkan agar bersyukur dengan segala nikmat dan pembangunan yang telah dilaksanakan kerajaan demi kesejahteraan rakyat secara keseluruhan.

“Cuba tengok muka-muka (pemimpin himpunan Bersih 4.0) yang keluar surat khabar, televisyen. Adakah mereka akan memperjuangkan serta membangunkan rakyat? tidak.

“Tetapi yang banyak berbudi kepada rakyat adalah kerajaan yang ada pada hari ini dan bagi menyatakan rasa syukur itu kita perlu memberikan sokongan kepada kerajaan,” katanya, lapor Sinar Harian.

COMMENTS

Name

Advertorial Bisnes Business Dunia Events Featured Food Health Health Tips Homestay Informasi Interests Kerajaan Kerjaya Latest Lifestyle Melaka Menarik MH17 Money Mutakhir Muzium News Politik Relationships & Family Resepi Restoran Semasa Sukan Tempat Menarik Terkini Travel Trending
false
ltr
item
Melaka Post: Kerajaan Tidak Akan Berundur - Najib
Kerajaan Tidak Akan Berundur - Najib
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bertegas kerajaan tidak akan berundur sebaliknya akan terus mempertahankan negara daripada sebarang desakan yang cuba ditimbulkan kumpulan tertentu.
http://3.bp.blogspot.com/-Y0it8OjiJys/VeQO_AQyELI/AAAAAAAACOw/HkLPVtNcBT0/s320/najib.jpg
http://3.bp.blogspot.com/-Y0it8OjiJys/VeQO_AQyELI/AAAAAAAACOw/HkLPVtNcBT0/s72-c/najib.jpg
Melaka Post
http://www.melakapost.com/2015/08/kerajaan-tidak-akan-berundur-najib.html
http://www.melakapost.com/
http://www.melakapost.com/
http://www.melakapost.com/2015/08/kerajaan-tidak-akan-berundur-najib.html
true
1575416290602252359
UTF-8
Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All ANDA MUNGKIN MEMINATI INI LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS CONTENT IS PREMIUM Please share to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy