Bangkai Pesawat ATR 42-300 Trigana Air Ditemui

Pesawat pencari menemui bangkai pesawat ATR 42-300 milik Trigana Air Service dalam hutan di timur Papua dengan asap masih berkepul daripada pesawat berkenaan, pagi semalam.

JAYAPURA - INDONESIA. Pesawat pencari menemui bangkai pesawat ATR 42-300 milik Trigana Air Service dalam hutan di timur Papua dengan asap masih berkepul daripada pesawat berkenaan, pagi semalam.

Pengarah Agensi Mencari dan Menyelamat Kebangsaan (Basarnas) Indonesia, Henry Bambang Soelistyo berkata, pasukannya sedang membuat persiapan memasuki kawasan nahas melalui udara dan jalan darat.

“Asap masih keluar dari pesawat itu ketika ia dikesan pesawat pencari,” kata Henry yang mengetuai operasi menyelamat dari Lapangan Terbang Sentani di Jayapura.

Menurutnya, cuaca buruk dan kawasan pergunungan menyukarkan pasukan penyelamat sampai ke bangkai pesawat pada ketinggian 2,600 meter.

Perkara itu disahkan Komander Tentera Daerah 1701 Jayapura, Leftenan Muhammad Aidi.

"Sudah disahkan bahawa bangkai pesawat ditemui di kawasan pergunungan di Oksok," katanya.

Pesawat itu sedang dalam perjalanan dari bandar utama wilayah Papua, Jayapura, ke sebuah bandar di timur wilayah itu, Oksibil, apabila terputus hubungan kira-kira sembilan minit sebelum dijadualkan mendarat di lapangan terbang Oksibil.

Pesawat buatan Perancis dan Itali itu membawa  49 penumpang, termasuk lima kanak-kanak dan bayi serta lima anak kapal. – Tempo

Nasib penumpang, kru tidak diketahui

Nasib 54 penumpang dan lima anak kapal dalam pesawat berkenaan belum diketahui kerana anggota pasukan penyelamat belum dapat memasuki lokasi pesawat itu yang terhempas, semalam, dalam hutan tebal di kawasan pergunungan, 12 kilometer dari Oksibil.

“Sehingga kini nasib kesemua penumpang dan anak kapal masih belum diketahui,” kata jurucakap Kementerian Pengangkutan, Julis Barata.

Sementara itu, laporan media tempatan memetik Kepala Bidang Hubungan Masyarakat Polis Daerah Papua, Rudolf Patrige sebagai berkata, kawasan pencarian itu adalah 15 kilometer dari kota Oksibil.

Katanya, berdasarkan maklumat masyarakat tempatan di kawasan itu, mereka ternampak pesawat terbabit terbang rendah di kawasan pergunungan berkenaan.

“Masyarakat sempat melihat pesawat terbang rendah dan bunyi dentuman kuat di lokasi tersebut. Saat ini masyarakat juga ikut membantu pergi ke lokasi itu,” katanya. – Tempo.

Cuaca ekstrem punca nahas

Cuaca buruk mungkin menjadi punca nahas pesawat Trigana Air, kelmarin.

"Kami percaya cuaca buruk menjadi punca nahas. Bahkan ketika ini, jarak penglihatan hanya dua meter.

"Akibat cuaca yang tidak bersahabat ini, pasukan Sar juga mengalami kesukaran menuju ke lokasi pesawat berkenaan terhempas," kata Ketua Balai Polis Pergunungan Bintang, Yunus Wally, semalam.

Dalam perkembangan berasingan, Menteri Pengangkutan, Ignasius Jonan berkata, pihak yang lalai dan mengabaikan aspek keselamatan sehingga menyebabkan pesawat berkenaan terhempas tidak akan terlepas daripada dikenakan tindakan keras.

"Setiap individu dan operator yang bertugas semasa pesawat ini hilang harus bertanggungjawab.

"Saya tidak akan bertolak ansur dengan adanya kelalaian dalam pekerjaan," katanya semalam. - Kompas

Pesawat bawa 6.5 bilion rupiah

Pesawat Trigana Air yang terhempas bersama 54 penumpang dan anak kapal kelmarin dilaporkan membawa wang tunai berjumlah 6.5 bilion rupiah (RM1.9 juta).

Pegawai berkata, wang tunai berkenaan adalah dana bantuan untuk diagihkan kepada penduduk dan keluarga miskin di Papua.

"Empat pegawai kami ditugaskan mengiringi penghantaran wang itu yang disimpan dalam empat beg berasingan," kata Ketua Pejabat Pos Jayapura, Haryono. - Detik.news

Trigana Air mohon maaf

Syarikat penerbangan Trigana Air mengemukakan permohonan maaf kepada ahli keluarga dan kru nahas pesawat turboprop ATR 42-300 selepas bangkai pesawat berkenaan ditemui, semalam.

"Kami memohon maaf atas kejadian yang tidak kita semua inginkan ini," kata Pengurus Keselamatan Trigana Air, Alfred A Pirnomo, semalam.

Sebelum ini, pasukan Basarnas dan Jawatankuasa Keselamatan Pengangkutan Kebangsaan (KNKT) mengesahkan pesawat yang membawa 54 penumpang dan kru itu ditemui dalam keadaan hancur. Pada masa sama, Alferd berjanji pihaknya akan bertanggungjawab di atas nahas tersebut.

Semalam, waris dan ahli keluarga mangsa mengadakan pertemuan tertutup bersama Trigana Air.

Media tempatan melaporkan, selepas pertemuan itu, ahli keluarga mangsa nahas keluar dari bangunan ibu pejabat Trigana Air dalam keadaan terdiam dan menangis.

Malah ada di antara mereka enggan memberikan sebarang maklum balas apabila ditanya media berhubung intipati pertemuan tersebut. - Kompas

COMMENTS

Name

Advertorial Bisnes Business Dunia Events Featured Food Health Health Tips Homestay Informasi Interests Kerajaan Kerjaya Latest Lifestyle Melaka Menarik MH17 Money Mutakhir Muzium News Politik Relationships & Family Resepi Restoran Semasa Sukan Tempat Menarik Terkini Travel Trending
false
ltr
item
Melaka Post: Bangkai Pesawat ATR 42-300 Trigana Air Ditemui
Bangkai Pesawat ATR 42-300 Trigana Air Ditemui
Pesawat pencari menemui bangkai pesawat ATR 42-300 milik Trigana Air Service dalam hutan di timur Papua dengan asap masih berkepul daripada pesawat berkenaan, pagi semalam.
http://4.bp.blogspot.com/-fspPWqlRtCA/VdKyxaW-mnI/AAAAAAAACL0/4W1zLHTmoU8/s320/trigana%2Bair.jpg
http://4.bp.blogspot.com/-fspPWqlRtCA/VdKyxaW-mnI/AAAAAAAACL0/4W1zLHTmoU8/s72-c/trigana%2Bair.jpg
Melaka Post
http://www.melakapost.com/2015/08/bangkai-pesawat-atr-42-300-trigana-air.html
http://www.melakapost.com/
http://www.melakapost.com/
http://www.melakapost.com/2015/08/bangkai-pesawat-atr-42-300-trigana-air.html
true
1575416290602252359
UTF-8
Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All ANDA MUNGKIN MEMINATI INI LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS CONTENT IS PREMIUM Please share to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy