ATM, JDT II Layak Ke Piala Malaysia 2015

Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Johor Darul Ta'zim II (JDT II) mengesahkan tiket untuk beraksi dalam Piala Malaysia 2015 selepas mengalahkan lawan masing-masing pada perlawanan kalah mati, malam tadi.


Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Johor Darul Ta'zim II (JDT II) mengesahkan tiket untuk beraksi dalam Piala Malaysia 2015 selepas mengalahkan lawan masing-masing pada perlawanan kalah mati, malam tadi.

ATM menewaskan Negeri Sembilan yang dikenali sebagai NS Matrix menerusi kemenangan selesa 3-0 di Stadium Majlis Perbandaran Selayang.

Kekalahan itu menyaksikan skuad kendalian K. Devan itu gagal membuat penampilan dalam saingan Piala Malaysia untuk dua musim berturut-turut.

Penyerang import dari Nigeria, Abdulafees Abdulsalam muncul wira pasukan ATM menerusi dua jaringan pada minit ke-13 menerusi sepakan penalti dan gol padang pada minit ke-62 serta gol daripada Abdul Shukor Jusoh pada minit ke-38.

Di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, pasukan JDT II menerima tentangan sengit daripada pasukan Liga Super, Sime Darby FC sebelum menang tipis 1-0 hasil jaringan tunggal Shafiq Shaharudin pada minit ke-45 perlawanan.

Kemenangan malam ini menyaksikan ATM dan JDT II mengiringi 14 pasukan lain iaitu 10 pasukan Liga Super dan empat pasukan teratas Liga Perdana untuk majlis undian kumpulan Piala Malaysia 2015 di salah sebuah hotel terkemuka di Petaling Jaya, Khamis ini.


Senarai pasukan Piala Malaysia 2015:

Pasukan Liga Super

Johor Darul Ta'zim, Pahang, Selangor, Terengganu, Felda United, Polis Diraja Malaysia, Lions XII, Perak, Kelantan, Sarawak.

Pasukan Liga Perdana

Kedah, Pulau Pinang, T-Team, PKNS FC

Pemenang perlawanan kalah mati

ATM dan Johor Darul Ta'zim II.

COMMENTS

Name

Advertorial Bisnes Business Dunia Events Featured Food Health Health Tips Homestay Informasi Interests Kerajaan Kerjaya Latest Lifestyle Melaka Menarik MH17 Money Mutakhir Muzium News Politik Relationships & Family Resepi Restoran Semasa Sukan Tempat Menarik Terkini Travel Trending
false
ltr
item
Melaka Post: ATM, JDT II Layak Ke Piala Malaysia 2015
ATM, JDT II Layak Ke Piala Malaysia 2015
Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Johor Darul Ta'zim II (JDT II) mengesahkan tiket untuk beraksi dalam Piala Malaysia 2015 selepas mengalahkan lawan masing-masing pada perlawanan kalah mati, malam tadi.
http://2.bp.blogspot.com/-tW3fgr344V8/Vd1Fk_gQ0AI/AAAAAAAACNo/7mrbXd-ToLA/s1600/Persatuan_Bola_Sepak_Angkatan_Tentera_Malaysia.jpg
http://2.bp.blogspot.com/-tW3fgr344V8/Vd1Fk_gQ0AI/AAAAAAAACNo/7mrbXd-ToLA/s72-c/Persatuan_Bola_Sepak_Angkatan_Tentera_Malaysia.jpg
Melaka Post
http://www.melakapost.com/2015/08/atm-jdt-ii-layak-ke-piala-malaysia-2015.html
http://www.melakapost.com/
http://www.melakapost.com/
http://www.melakapost.com/2015/08/atm-jdt-ii-layak-ke-piala-malaysia-2015.html
true
1575416290602252359
UTF-8
Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All ANDA MUNGKIN MEMINATI INI LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS CONTENT IS PREMIUM Please share to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy