2 Rakyat Malaysia Antara Terkorban Letupan Bom Di Bangkok

Dua rakyat Malaysia antara 16 orang yang terbunuh dalam letupan bom di bahagian tengah Bangkok malam ini, yang turut menyebabkan berpuluh-puluh orang lagi cedera.

BANGKOK - THAILAND. Dua rakyat Malaysia antara 16 orang yang terbunuh dalam letupan bom di bahagian tengah Bangkok malam ini, yang turut menyebabkan berpuluh-puluh orang lagi cedera.

Kematian dua rakyat Malaysia itu disahkan oleh pegawai Kedutaan Malaysia di ibu negara Thailand ini.

Letupan pada kira-kira 7 malam (8 malam waktu Malaysia) berlaku di persimpangan Ratchaprasong, berdekatan dengan Kuil Erawan dan pusat beli-belah Bangkok.

Ia turut merosakkan beberapa kereta dan motosikal. Selain itu, laporan menyatakan beberapa penjaja jalanan dipercayai antara mangsa letupan itu.

Ketua Polis Thailand, Jeneral Somyot Poompanmouag berkata, kemungkinan warga China dan Filipina adalah antara 16 orang yang terkorban akibat letupan bom itu.

Sumber polis lain pula berkata mangsa mungkin termasuk pelancong dari Jepun dan Hong Kong.

Somyot kemudian mempengerusikan satu mesyuarat di ibu pejabat polis selepas melawat kawasan letupan itu.

Sebelum ini, beliau berkata, letupan itu disebabkan oleh bom TNT.

Laporan yang belum disahkan daripada sumber polis menyatakan mungkin ada dua lagi bom yang tidak meletup, yang membayangkan  bahawa pihak yang bertanggungjawab mahu mencetuskan kemusnahan besar.

Sehingga 9.30 malam waktu tempatan, seramai 82 orang disahkan cedera, menurut Pusat Perkhidmatan Perubatan Kecemasan Erawan (EMS) Pentadbiran Metropolitan Bangkok.

Ia memperoleh angka itu dari 15 buah hospital di sekitar Bangkok. Bagaimanapun, ia tidak dapat mengesahkan jumlah mereka yang terbunuh.

Persimpangan Ratchaprasong di bahagian tengah Bangkok menjadi lokasi protes jalanan oleh kumpulan Baju Merah pada 2010 dan PDRC (Jawatankuasa Reformasi Demokratik Rakyat) diketuai Suthep Thuaksuban pada 2014, yang akhirnya mencetuskan rampasan kuasa tentera dan penggulingan bekas perdana menteri Yingluck Shinawatra.

Walaupun pengeboman berlaku tidak jauh dari Stesen Chitlom yang menyediakan perkhidmatan Keretapi Bangkok yang dikenali sebagai 'skytrain', namun perkhidmatan itu masih diteruskan.

Timbalan jurucakap kerajaan Mejar Jeneral Weerachon Sukhonthapatipak berkata, Perdana Menteri Jeneral Prayuth Chan-ocha telah pun dimaklumkan mengenai letupan bom itu dan mengarahkan Pasukan Pemusnah Bom dikerah ke kawasan itu.

Beliau berkata, setakat ini tiada rancangan untuk menutup sekolah-sekolah dan bank-bank yang terletak berhampiran kawasan itu. - Bernama

COMMENTS

Name

Advertorial Bisnes Business Dunia Events Featured Food Health Health Tips Homestay Informasi Interests Kerajaan Kerjaya Latest Lifestyle Melaka Menarik MH17 Money Mutakhir Muzium News Politik Relationships & Family Resepi Restoran Semasa Sukan Tempat Menarik Terkini Travel Trending
false
ltr
item
Melaka Post: 2 Rakyat Malaysia Antara Terkorban Letupan Bom Di Bangkok
2 Rakyat Malaysia Antara Terkorban Letupan Bom Di Bangkok
Dua rakyat Malaysia antara 16 orang yang terbunuh dalam letupan bom di bahagian tengah Bangkok malam ini, yang turut menyebabkan berpuluh-puluh orang lagi cedera.
http://1.bp.blogspot.com/--BTWswO5PY8/VdKv8iE-x5I/AAAAAAAACLo/Ell-hnk5ckc/s320/letupan%2Bbom%2Bdi%2Bthailand.jpg
http://1.bp.blogspot.com/--BTWswO5PY8/VdKv8iE-x5I/AAAAAAAACLo/Ell-hnk5ckc/s72-c/letupan%2Bbom%2Bdi%2Bthailand.jpg
Melaka Post
http://www.melakapost.com/2015/08/2-rakyat-malaysia-antara-terkorban.html
http://www.melakapost.com/
http://www.melakapost.com/
http://www.melakapost.com/2015/08/2-rakyat-malaysia-antara-terkorban.html
true
1575416290602252359
UTF-8
Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All ANDA MUNGKIN MEMINATI INI LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS CONTENT IS PREMIUM Please share to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy