Yakin Kemampuan Negara Tangani Isu 1MDB

Tan Sri Shahrir Abdul Samad meminta rakyat memberi sepenuh kepercayaan dan yakin terhadap kemampuan institusi negara dalam menangani isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

JOHOR BAHRU - Pengerusi Majlis Ahli Parlimen Barisan Nasional (BNBBC) Tan Sri Shahrir Abdul Samad meminta rakyat memberi sepenuh kepercayaan dan yakin terhadap kemampuan institusi negara dalam menangani isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Beliau berkata rakyat tidak seharusnya percaya kepada anasir luar seperti media asing dan membuat spekulasi, sebaliknya perlu bersabar menanti keputusan yang dibuat institusi negara.

"Kita patut bersabar dan percaya kepada institusi di negara kita (Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) dan Ketua Audit Negara) untuk siapkan kerja mereka. Kalau kita asyik percaya kepada dakwaan media luar dan orang asing, susahlah kita," katanya.

Shahrir berkata demikian kepada pemberita selepas majlis pengagihan bantuan Aidilfitri Umno Bahagian Johor Baharu kepada ibu tunggal, anak yatim, orang kurang upaya dan fakir miskin, di sini hari ini.

Ketua Umno Bahagian Johor Baharu itu menyifatkan tuduhan yang dilakukan media asing terhadap 1MDB adalah disengajakan bagi melihat sejauh mana kekuatan institusi negara ini dalam menangani isu 1MDB.

Katanya sikap media asing yang memperlekeh negara membangun seperti Malaysia bukan perkara baharu bahkan berlaku sejak zaman pentadbiran perdana menteri kedua Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein dan perdana menteri keempat Tun Dr Mahathir Mohamad.

Menurut Shahrir, sekiranya Malaysia mampu mengatasi situasi dan menjawab tuduhan rekaan berkenaan, maka Malaysia sekali gus akan dilihat matang sebagai sebuah negara demokrasi yang mempunyai institusi yang kuat.

"PAC sendiri juga sudah mulakan pendengaran dan panggil saksi, jadi, kita tunggulah hasil siasatan.

"Sebab itu, saya antara yang paling gembira bila Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan kabinet setuju 1MDB dirujuk kepada Jabatan Audit Negara dan PAC kerana ini satu keyakinan dalam institusi kita sendiri," katanya. - Bernama

COMMENTS

Name

Advertorial Bisnes Business Dunia Events Featured Food Health Health Tips Homestay Informasi Interests Kerajaan Kerjaya Latest Lifestyle Melaka Menarik MH17 Money Mutakhir Muzium News Politik Relationships & Family Resepi Restoran Semasa Sukan Tempat Menarik Terkini Travel Trending
false
ltr
item
Melaka Post: Yakin Kemampuan Negara Tangani Isu 1MDB
Yakin Kemampuan Negara Tangani Isu 1MDB
Tan Sri Shahrir Abdul Samad meminta rakyat memberi sepenuh kepercayaan dan yakin terhadap kemampuan institusi negara dalam menangani isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
http://4.bp.blogspot.com/-ki60jcJNh8k/VZs5DtOzTKI/AAAAAAAACCw/36ZMG-dBTxE/s320/tan%2Bsri%2Bsharir.jpg
http://4.bp.blogspot.com/-ki60jcJNh8k/VZs5DtOzTKI/AAAAAAAACCw/36ZMG-dBTxE/s72-c/tan%2Bsri%2Bsharir.jpg
Melaka Post
http://www.melakapost.com/2015/07/yakin-kemampuan-negara-tangani-isu-1mdb.html
http://www.melakapost.com/
http://www.melakapost.com/
http://www.melakapost.com/2015/07/yakin-kemampuan-negara-tangani-isu-1mdb.html
true
1575416290602252359
UTF-8
Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All ANDA MUNGKIN MEMINATI INI LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS CONTENT IS PREMIUM Please share to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy