Tiga Cadangan Selesai Krisis Air Selangor

Susulan krisis gangguan bekalan air di Hulu Langat dan Kuala Lumpur, Kerajaan Selangor mengemukakan tiga cadangan penyelesaian iaitu serta-merta, jangka pendek dan jangka panjang.

SHAH ALAM - Susulan krisis gangguan bekalan air di Hulu Langat dan Kuala Lumpur, Kerajaan Selangor mengemukakan tiga cadangan penyelesaian iaitu serta-merta, jangka pendek dan jangka panjang.

Exco Infrastruktur, Kemudahan Awam dan Industri Tani, Zaidy Abdul Talib berkata, tindakan serta-merta dilakukan ialah meningkatkan pengeluaran air loji di Hulu Langat dan Sepang iaitu Loji Sungai Labu, Salak Tinggi dan Cheras Batu 11 bagi tujuan mengurangkan kawasan agihan Loji Sungai Langat yang berdepan tekanan tinggi.

“Agihan Rumah Pam Wangsa Maju dari SSP1, SSP3 ke Pudu Ulu juga ditingkatkan. Kawasan agihan Loji Sungai Semenyih pula dikurangkan dengan meningkatkan pengeluaran Loji Bernam River Headwork (BRH) untuk alih bekalan dari SSP1 dan SSP2 ke kolam Lipat Kajang,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) di sini, semalam.

Zaidy menjelaskan, solusi jangka pendek yang bakal diambil pula ialah dengan mengoptimumkan agihan selaras keupayaan loji melalui peningkatan kapisiti melebihi reka bentuk agar dapat proses air mentah ke air terawat semaksimum yang boleh.

“Alternatif lain ialah mengurangkan kawasan liputan bekalan dari loji bertekanan tinggi seperti Loji Langat dan Semenyih dan ditampung oleh loji-loji melalui paip agihan yang disambung.

“Luaskan liputan bekalan dari loji yang ada lebihan kapasiti rizab misalnya Sungai Selangor, SSP1, SSP2, SSP3 dan Sungai Rasah. Kita juga minta Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) menukar kaedah graviti kepada penggunaan sistem paip ‘in line booster’ untuk disalurkan ke kawasan jauh,” katanya.

Beliau berkata, kerajaan negeri bersedia untuk membiayai pemasangan paip ‘in line booster’ berkenaan tetapi Syabas terlebih dahulu perlu memaklumkan jajaran kerana masalah utama ialah tekanan rendah.

“Bahkan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (Span) turut menawarkan pelan pakej untuk disalurkan ke 3,000 pengguna, namun Selangor perlu meneliti pembinaan kolam bagi tujuan penjernihan air berkenaan.

“Kita juga sedang menilai penyaluran sumber air terawat dari Negeri Sembilan ke Beranang sebanyak 60 Juta Liter Sehari (JLH). Ini projek Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA) dan Syarikat Air Negeri Sembilan Sdn Bhd (Sains) oleh itu air yang sepatutnya disalur ke Beranang dapat menampung keperluan di tempat lain," katanya.

Adun Taman Templer itu turut menegaskan, hujung tahun ini kerajaan negeri akan menyiapkan projek mitigasi dengan mengambil alih sebahagian kawasan agihan Loji Sungai Semenyih dan Sungai Langat untuk disalurkan ke Seputeh,Petaling Jaya dan USJ.

“Meningkatkan pengeluaran Loji Rasa dan mengambil alih kawasan Rawang dari SSP 3.

“Manakala tindakan jangka panjang ialah pelaksanaan projek Loji Rawatan Air Langat 2 yang sedang dibangunkan, kemudian apabila stabil kita akan hentikan semua pelan alternatif ini,” katanya.

Zaidy memaklumkan penangguhan penyelesaian perjanjian utama air akibat dolak-dalik kerajaan persekutuan menimbulkan rasa ralat di pihak kerajaan negeri.

“Apabila persekutuan buat pusingan U seperti ini, kita perlu duduk dan bincang semula banyak perkara. Ia melambatkan usaha tandatangan.

“Hari ini (semalam) wakil kerajaan negeri sekali lagi ke KeTTHA untuk membincangkan perubahan ini,” katanya, lapor Sinar Harian.

COMMENTS

Name

Advertorial Bisnes Business Dunia Events Featured Food Health Health Tips Homestay Informasi Interests Kerajaan Kerjaya Latest Lifestyle Melaka Menarik MH17 Money Mutakhir Muzium News Politik Relationships & Family Resepi Restoran Semasa Sukan Tempat Menarik Terkini Travel Trending
false
ltr
item
Melaka Post: Tiga Cadangan Selesai Krisis Air Selangor
Tiga Cadangan Selesai Krisis Air Selangor
Susulan krisis gangguan bekalan air di Hulu Langat dan Kuala Lumpur, Kerajaan Selangor mengemukakan tiga cadangan penyelesaian iaitu serta-merta, jangka pendek dan jangka panjang.
http://1.bp.blogspot.com/-8_phDpUc0co/VZ3Zkya_wsI/AAAAAAAACEU/6fhji78wxzA/s320/Krisis-Air-Di-Selangor.jpg
http://1.bp.blogspot.com/-8_phDpUc0co/VZ3Zkya_wsI/AAAAAAAACEU/6fhji78wxzA/s72-c/Krisis-Air-Di-Selangor.jpg
Melaka Post
http://www.melakapost.com/2015/07/tiga-cadangan-selesai-krisis-air.html
http://www.melakapost.com/
http://www.melakapost.com/
http://www.melakapost.com/2015/07/tiga-cadangan-selesai-krisis-air.html
true
1575416290602252359
UTF-8
Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All ANDA MUNGKIN MEMINATI INI LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS CONTENT IS PREMIUM Please share to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy