Tiada Krisis Antara PAS Dan PKR - Satiful Bahri

Pas Terengganu menafikan sebarang khabar angin bahawa krisis antara Pas dan PKR di peringkat negeri masih belum pulih sepenuhnya berikutan beberapa isu termasuk saman terhadap Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebelum ini dan masalah pertindihan kerusi pada PRU13 lalu.

KUALA TERENGGANU – Pas Terengganu menafikan sebarang khabar angin bahawa krisis antara Pas dan PKR di peringkat negeri masih belum pulih sepenuhnya berikutan beberapa isu termasuk saman terhadap Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebelum ini dan masalah pertindihan kerusi pada PRU13 lalu.

Pesuruhjaya Pas negeri, Satiful Bahri memberitahu walaupun gerak kerja berjalan secara berasingan, namun ia adalah perkara biasa kerana masing-masing melakukan komitmen bagi memperkuat parti, selain boleh bergerak sendiri untuk memastikan kekuatan menjelang PRU14.

Menurutnya, keadaan itu dipengaruhi status PR di negeri ini yang masih lagi bertindak sebagai pembangkang dan bukannya kerajaan.

“Dari segi gerak kerja, masing-masing main peranan tetapi apabila program besar, barulah kita jemput parti lain,” katanya.

Beliau menjelaskan, walaupun tidak perlu tenaga PKR, pihaknya tidak nafikan kerjasama masih berjalan dengan parti itu kerana Pas masih lagi dalam pakatan.

Enggan melihat isu berbangkit sebelum ini sebagai perkara yang mengeruhkan hubungan kedua-duanya, beliau memberitahu bahawa Pas dan PKR tetap bekerjasama dalam program tertentu.

Bagaimanapun katanya, kerjasama antara keduanya itu boleh dilihat kerap berlangsung di kawasan campuran seperti Dun Bandar yang perlihatkan kerjasama baik antara kedua-duanya.

Berhubung kenyataan Ketua Dewan Pemuda Pas Terengganu, Kamaruzaman Abdullah bahawa hanya Pas yang melaksanakan gerak kerja sedangkan PKR hanya muncul menjelang pilihan raya, Satiful memberitahu keadaan itu mungkin berlaku berdasarkan pemerhatian pihak terlibat bahawa Pemuda Pas lebih banyak melakukan gerak kerja berbanding AMK.

Sementara itu, mengulas mengenai isu PR yang masih menjadi polemik antara Pas dan DAP, Satiful yang juga Adun Paka beritahu pihaknya berpegang terhadap apa yang akan diputuskan oleh Majlis Syura Ulama.

Memandangkan keputusan majlis tersebut belum keluar, beliau memberitahu, pihaknya berpegang kepada keputusan Pas Pusat bahawa PR masih wujud, lapor Sinar Harian.

COMMENTS

Name

Advertorial Bisnes Business Dunia Events Featured Food Health Health Tips Homestay Informasi Interests Kerajaan Kerjaya Latest Lifestyle Melaka Menarik MH17 Money Mutakhir Muzium News Politik Relationships & Family Resepi Restoran Semasa Sukan Tempat Menarik Terkini Travel Trending
false
ltr
item
Melaka Post: Tiada Krisis Antara PAS Dan PKR - Satiful Bahri
Tiada Krisis Antara PAS Dan PKR - Satiful Bahri
Pas Terengganu menafikan sebarang khabar angin bahawa krisis antara Pas dan PKR di peringkat negeri masih belum pulih sepenuhnya berikutan beberapa isu termasuk saman terhadap Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebelum ini dan masalah pertindihan kerusi pada PRU13 lalu.
http://2.bp.blogspot.com/-WFywp52H2MY/VZomNopPaZI/AAAAAAAACB8/gLwlRHaWf88/s320/Satiful%2BBahri.jpg
http://2.bp.blogspot.com/-WFywp52H2MY/VZomNopPaZI/AAAAAAAACB8/gLwlRHaWf88/s72-c/Satiful%2BBahri.jpg
Melaka Post
http://www.melakapost.com/2015/07/tiada-krisis-antara-pas-dan-pkr-satiful.html
http://www.melakapost.com/
http://www.melakapost.com/
http://www.melakapost.com/2015/07/tiada-krisis-antara-pas-dan-pkr-satiful.html
true
1575416290602252359
UTF-8
Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All ANDA MUNGKIN MEMINATI INI LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS CONTENT IS PREMIUM Please share to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy