Tambat Ringgit Kembali Keyakinan Ekonomi - PPIM

Ringgit harus ditambat pada suatu nilai tertentu demi mengembalikan keyakinan ekonomi negara.

KUALA LUMPUR - Ringgit harus ditambat pada suatu nilai tertentu demi mengembalikan keyakinan ekonomi negara.

Menurut ketua aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Datuk Nadzim Johan, ini penting bagi memastikan perniagaan dapat beroperasi dengan sebaik mungkin.

"Mungkin hari ini, saya rasa kalau nak tambat pun dah boleh tambat. Tambat ikut nilai tertentu supaya perniagaan boleh dilaksanakan, supaya eksport boleh dilakukan.

"Perniagaan boleh dilaksanakan sebaik mungkin untuk mengembalikan keyakinan ekonomi kita dapat diteruskan dengan baik," kata Nadzim.

Dalam pada itu, beliau menyeru orang ramai dan kerajaan agar memainkan peranan supaya negara dapat keluar daripada situasi ini.

"Semua kena main peranan yang terbaik untuk sama-sama keluar daripada keadaan ini. Kita tidak mahu satu hari nanti mata wang kita jadi tidak laku.

"Kalau kita terus berbelanja dengan besarnya, kita takut bila orang lain pun buat sama, lama kelamaan semua kita mengamalkan amalan yang negatif sehingga impak dia melibatkan seluruh negara, seluruh rakyat," ujarnya.

Menurut beliau pengguna perlu lebih berjimat cermat serta mengurangkan pembelian barangan import.

Sementara itu Nadzim turut berpesan supaya pengguna dapat mengawal diri dan tidak panik apabila harga barang mulai naik.

Katanya pengguna seharusnya bijak mengatur perbelanjaan supaya tidak terkesan dengan situasi tersebut.

"Kita bila kita panik, kita panic buying pun ada. Dalam panik tu kita beli lagi sebab kita takut barang tu tak ada. Takut orang kedai tu tak ada, kalau tak beli esok barang itu naik. Atau minggu depan naik. 

Jangan terkesan sangat la.. Kita harus buat judgement pada diri kita supaya kita tidak melibatkan diri kita dengan kenaikan ini, makna kita kurangkan sebaik mungkin."

Tambah Nadzim, pengguna juga perlu menentukan barangan yang dibeli adalah dari barangan tempatan serta menggunakannya dengan sejimat mungkin, lapor Astro Awani.

COMMENTS

Name

Advertorial Bisnes Business Dunia Events Featured Food Health Health Tips Homestay Informasi Interests Kerajaan Kerjaya Latest Lifestyle Melaka Menarik MH17 Money Mutakhir Muzium News Politik Relationships & Family Resepi Restoran Semasa Sukan Tempat Menarik Terkini Travel Trending
false
ltr
item
Melaka Post: Tambat Ringgit Kembali Keyakinan Ekonomi - PPIM
Tambat Ringgit Kembali Keyakinan Ekonomi - PPIM
Ringgit harus ditambat pada suatu nilai tertentu demi mengembalikan keyakinan ekonomi negara.
http://1.bp.blogspot.com/-PoxN2NHITe0/VZyEPXCTR4I/AAAAAAAACDs/ALi-xLriSEM/s320/ringgit.jpg
http://1.bp.blogspot.com/-PoxN2NHITe0/VZyEPXCTR4I/AAAAAAAACDs/ALi-xLriSEM/s72-c/ringgit.jpg
Melaka Post
http://www.melakapost.com/2015/07/tambat-ringgit-kembali-keyakinan.html
http://www.melakapost.com/
http://www.melakapost.com/
http://www.melakapost.com/2015/07/tambat-ringgit-kembali-keyakinan.html
true
1575416290602252359
UTF-8
Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All ANDA MUNGKIN MEMINATI INI LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS CONTENT IS PREMIUM Please share to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy