Takkan Saya Nak Guna Akaun Dalam Negara

"Kalau betul saya nak menyamun, nak songlap duit negara, takkanlah saya hendak masukkan duit tersebut dalam akaun negara," bidas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

SEMENYIH - "Kalau betul saya nak menyamun, nak songlap duit negara, takkanlah saya hendak masukkan duit tersebut dalam akaun negara," bidas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan pada Program Iftar Bersama Rakyat Selangor di sini, hari ini.

"... Itu kalau saya hendak menyamunlah. Tentu sekali, saya sebagai Perdana Menteri tidak akan mengkhianati rakyat dan harta benda milik rakyat. Itu merupakan janji saya.

"Sebab itulah saya kata saya akan rujuk peguam-peguam saya untuk tentukan tindakan susulan (tindakan undang-undang) sama ada dalam dan luar negara," katanya  lagi.

Sebelum berucap, Najib dalam sidang media berkata, beliau kini sedang merujuk peguam-peguamnya bagi memutuskan tindakan lanjut terhadap pihak yang menyebar dakwaan dana RM2.6 bilion milik syarikat yang berkaitan dengan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dimasukkan ke dalam akaunnya.

"Kita tidak boleh biarkan pihak-pihak luar menggugat atau menjatuhkan kepimpinan kerajaan," katanya lagi.

Portal The Wall Street Journal pada Khamis melaporkan pasukan penyiasat yang melakukan siasatan terhadap dana dan urusniaga 1MDB percaya bahawa pengaliran dana 1MDB berakhir ke dalam akaun Najib.

Penyiasat didakwa mengeluarkan kenyataan terbabit selepas mengeluarkan laporan berkenaan berdasarkan dokumen dari siasatan kerajaan yang diperoleh dari portal antarabangsa dan laman web pemberi maklumat Sarawak Report.

Najib dalam pada itu mengucapkan penghargaan kepada pihak-pihak yang teguh menyokong beliau.

"Saya berterima kasih kepada semua pihak yang menyokong dan tidak mudah percaya dengan pemberitaan tersebut.

"Datuk (Dr) Haron Din (Mursyidul Am Pas) pun menerusi kenyataan berkata tidak masuk akal saya melakukan perkara tersebut," tegasnya lagi, lapor Sinar Harian.

COMMENTS

Name

Advertorial Bisnes Business Dunia Events Featured Food Health Health Tips Homestay Informasi Interests Kerajaan Kerjaya Latest Lifestyle Melaka Menarik MH17 Money Mutakhir Muzium News Politik Relationships & Family Resepi Restoran Semasa Sukan Tempat Menarik Terkini Travel Trending
false
ltr
item
Melaka Post: Takkan Saya Nak Guna Akaun Dalam Negara
Takkan Saya Nak Guna Akaun Dalam Negara
"Kalau betul saya nak menyamun, nak songlap duit negara, takkanlah saya hendak masukkan duit tersebut dalam akaun negara," bidas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
http://1.bp.blogspot.com/-Sanhjl3frvQ/VZooD2YxnaI/AAAAAAAACCI/iJc9Qq0Bcwc/s320/najib%2Brazak.jpg
http://1.bp.blogspot.com/-Sanhjl3frvQ/VZooD2YxnaI/AAAAAAAACCI/iJc9Qq0Bcwc/s72-c/najib%2Brazak.jpg
Melaka Post
http://www.melakapost.com/2015/07/takkan-saya-nak-guna-akaun-dalam-negara.html
http://www.melakapost.com/
http://www.melakapost.com/
http://www.melakapost.com/2015/07/takkan-saya-nak-guna-akaun-dalam-negara.html
true
1575416290602252359
UTF-8
Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All ANDA MUNGKIN MEMINATI INI LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS CONTENT IS PREMIUM Please share to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy