Secret Recipe Peroleh Pensijilan Halal Semula

Secret Recipe menerima pensijilan halalnya semula susulan kerja-kerja pengubahsuaian dan menaik taraf Central Kitchen

KUALA LUMPUR : Secret Recipe menerima pensijilan halalnya semula susulan kerja-kerja pengubahsuaian dan menaik taraf Central Kitchen di Taman Mayang dan kilang baharunya di Kota Damansara.
    
Sijil daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mengesahkan syarikat itu mematuhi standard tertinggi keselamatan makanan dan Standard Malaysia Pensijilan Halal, MS1500:2009.
    
"Kami memberi jaminan bahawa keselamatan makanan dan kawalan kualiti menjadi keutamaan kami berikutan kami telah melalui proses dan standard yang ketat untuk mengekalkan pensijilan kami sejak 15 tahun lalu dan kami akan terus mendukung janji kami kepada para pelanggan," menurut Secret Recipe dalam kenyataan di sini, hari ini.
    
Pensijilan halal Secret Recipe ditarik balik oleh Jakim pada 7 Mei disebabkan 'pelanggaran serius' melibatkan kebersihan dan amalan pengilangan.
    
Syarikat itu telah dipanggil oleh Jakim, dan ia berjanji akan mengambil tindakan segera berhubung perkara itu dan mematuhi standard halal.  
    
Secret Recipe berkata kumpulan yang terdiri daripada pegawai Pematuhan Halal serta Jaminan Kualiti dan Kebersihan yang berkelayakan dilantik untuk memastikan semua sumber bahan-bahan, penyediaan dan proses mematuhi standard tertinggi keselamatan makanan dan Standard Malaysia Pensijilan Halal, MS1500:2009.
    
Ini termasuk mematuhi amalan pengilangan yang baik serta garis panduan Analisis Bahaya dan Titik Kawalan Kritikal, katanya. - Bernama

COMMENTS

Name

Advertorial Bisnes Business Dunia Events Featured Food Health Health Tips Homestay Informasi Interests Kerajaan Kerjaya Latest Lifestyle Melaka Menarik MH17 Money Mutakhir Muzium News Politik Relationships & Family Resepi Restoran Semasa Sukan Tempat Menarik Terkini Travel Trending
false
ltr
item
Melaka Post: Secret Recipe Peroleh Pensijilan Halal Semula
Secret Recipe Peroleh Pensijilan Halal Semula
Secret Recipe menerima pensijilan halalnya semula susulan kerja-kerja pengubahsuaian dan menaik taraf Central Kitchen
http://1.bp.blogspot.com/-BIH3ksOp23Q/VZXpA1j3TaI/AAAAAAAACAY/4_l0LE2RTBQ/s320/Secret%2BRecipe%2Bperoleh%2Bpensijilan%2Bhalal%2Bsemula.jpg
http://1.bp.blogspot.com/-BIH3ksOp23Q/VZXpA1j3TaI/AAAAAAAACAY/4_l0LE2RTBQ/s72-c/Secret%2BRecipe%2Bperoleh%2Bpensijilan%2Bhalal%2Bsemula.jpg
Melaka Post
http://www.melakapost.com/2015/07/secret-recipe-peroleh-pensijilan-halal.html
http://www.melakapost.com/
http://www.melakapost.com/
http://www.melakapost.com/2015/07/secret-recipe-peroleh-pensijilan-halal.html
true
1575416290602252359
UTF-8
Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All ANDA MUNGKIN MEMINATI INI LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS CONTENT IS PREMIUM Please share to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy