Saya Masih Timbalan Presiden UMNO - Muhyiddin

Tan Sri Muhyiddin Yassin akan terus berkhidmat di dalam UMNO seperti yang diamanahkan kepada beliau walaupun tidak lagi memegang jawatan kedua terpenting negara.

KUALA LUMPUR - Bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin akan terus berkhidmat di dalam UMNO seperti yang diamanahkan kepada beliau walaupun tidak lagi memegang jawatan kedua terpenting negara.

Muhyiddin yang kini masih Timbalan Presiden UMNO sedia bekerjasama dengan Presiden, Datuk Seri Najib Tun Razak serta semua ahli Majlis Tertinggi (MT) termasuk semua peringkat bahagian dan cawangan.

"Bagi saya, tanggungjawab sebagai Timbalan Presiden kalau ikut Perlembagaan (UMNO) ialah untuk membantu Presiden dan juga membantu ahli-ahli Majlis Tertinggi yang lain, termasuklah di peringkat sayap untuk melaksanakan tugas sebagai Timbalan Presiden.

"Tanggungjawabnya adalah untuk menguruskan parti... Walaupun ini telah berlaku, ia tidak menghalang saya...tapi apa yang penting bagi saya adalah untuk pembangunan parti dan negara," jelas Muhyiddin dalam satu sidang media khas yang diadakan di kediamannya di Bukit Damansara tengah hari tadi.

Sidang media khas itu diadakan sehari selepas pengumuman rombakan Kabinet yang menyaksikan beliau  disingkirkan daripada jawatan yang disandangnya sejak 2009.

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan UMNO dan Barisan Nasional berkata sudah bersedia untuk hadir pada mana-mana mesyuarat UMNO di peringkat bahagian jika dijemput.

"Kalau saya tidak melaksanakan tugas, bermakna saya gagal. Seperti yang tuan-tuan pun tahu, saya adalah seorang yang bertanggungjawab. Jadi, apa pun, kalau parti kata inilah tugas yang saya harus pikul, maka saya akan laksanakan.

"Soal bahagian menjemput atau tidak menjemput itu hak bahagian, tetapi saya bersyukur kerana negeri Johor, saya dimaklumkan, dalam kenyataan Menteri Besar, beliau menasihatkan orang Johor agar hormati saya sebagai Timbalan Presiden dan Johor tidak menyekat untuk saya masuk ke mana-mana bahagian kalau saya dijemput ataupun saya meminta untuk bertemu memberikan penerangan," jelas Muhyiddin.

Tambahnya lagi, beliau menyifatkan beban tugas sebagai Timbalan Presiden bukanlah kecil kerana beliau bertanggungjawab untuk mengukuhkan parti dan meningkatkan kerjasama di antara ahli serta menggerakkan program terutamanya menjelang pilihanraya, lapor Astro Awani.

COMMENTS

Name

Advertorial Bisnes Business Dunia Events Featured Food Health Health Tips Homestay Informasi Interests Kerajaan Kerjaya Latest Lifestyle Melaka Menarik MH17 Money Mutakhir Muzium News Politik Relationships & Family Resepi Restoran Semasa Sukan Tempat Menarik Terkini Travel Trending
false
ltr
item
Melaka Post: Saya Masih Timbalan Presiden UMNO - Muhyiddin
Saya Masih Timbalan Presiden UMNO - Muhyiddin
Tan Sri Muhyiddin Yassin akan terus berkhidmat di dalam UMNO seperti yang diamanahkan kepada beliau walaupun tidak lagi memegang jawatan kedua terpenting negara.
http://2.bp.blogspot.com/-0uEBU9IMKI8/VbiQLA5171I/AAAAAAAACKo/Cj9r8dbYpsU/s320/Saya%2Bmasih%2BTimbalan%2BPresiden%2BUMNO%2B-%2BMuhyiddin.JPG
http://2.bp.blogspot.com/-0uEBU9IMKI8/VbiQLA5171I/AAAAAAAACKo/Cj9r8dbYpsU/s72-c/Saya%2Bmasih%2BTimbalan%2BPresiden%2BUMNO%2B-%2BMuhyiddin.JPG
Melaka Post
http://www.melakapost.com/2015/07/saya-masih-timbalan-presiden-umno.html
http://www.melakapost.com/
http://www.melakapost.com/
http://www.melakapost.com/2015/07/saya-masih-timbalan-presiden-umno.html
true
1575416290602252359
UTF-8
Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All ANDA MUNGKIN MEMINATI INI LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS CONTENT IS PREMIUM Please share to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy