Raja Dadah Mexico Bolos , 22 Pegawai Penjara Ditahan

Seramai 22 pegawai penjara ditahan berikutan kes raja dadah Mexico, Joaquin "El Chapo" Guzman meloloskan diri daripada tahanan, Sabtu lalu.

MEXICO CITY - Seramai 22 pegawai penjara ditahan berikutan kes raja dadah Mexico, Joaquin "El Chapo" Guzman meloloskan diri daripada tahanan, Sabtu lalu. 

Pihak berkuasa Mexico berkata, penahanan itu dibuat berikutan terdapat beberapa andaian bahawa penjenayah paling dikehendaki itu mendapat bantuan orang dalam. Ketika operasi memburu Guzman memasuki hari ketiga hari ini, 

Pejabat Peguam Negara sudah membebaskan 12 daripada 34 kakitangan penjara yang disoal siasat sejak Ahad lalu. 

Menteri Dalam Negeri, Miguel Angel Osorio Chong, berkata Guzman pasti mendapat bantuan daripada pegawai penjara ketika melarikan diri pada hari berkenaan - ia kejadian kedua membabitkan pengedar dadah terbesar dalam tempoh 14 tahun. 

Guzman melarikan diri melalui satu terowong sejauh 1.5 kilometer yang digali di bawah tempat mandi dalam selnya di penjara kawalan maksimum, Altiplano pada Sabtu lalu. 

Ia adalah kes lari penjara kedua membabitkan El Chopo yang memalukan kerajaan Mexico. Pada 2001, raja dadah Sinaloa itu berjaya melarikan diri tetapi ditangkap semula pada Februari tahun lalu tetapi kini bebas semula selepas baru 17 bulan ditahan. 

"Terdapat 22 orang yang pada mulanya diambil sebagai saksi kes, tetapi tindakan undang-undang terhadap mereka berubah kepada sebagai tahanan. Ini bermakna pihak berkuasa percaya ada penyertaan mereka dalam insiden itu," kata seorang pegawai di Pejabat Peguam Negara. 

Pihak berkuasa kini mempunyai 96 jam sama ada untuk mendakwa semua pegawai penjara berkenaan atau membebaskan mereka. 

Pegawai itu bagaimanapun enggan mendedahkan sama ada pengarah penjara yang dipecat pada Isnin adalah antara yang dibebaskan atau masih dalam tahanan. - AFP

COMMENTS

Name

Advertorial Bisnes Business Dunia Events Featured Food Health Health Tips Homestay Informasi Interests Kerajaan Kerjaya Latest Lifestyle Melaka Menarik MH17 Money Mutakhir Muzium News Politik Relationships & Family Resepi Restoran Semasa Sukan Tempat Menarik Terkini Travel Trending
false
ltr
item
Melaka Post: Raja Dadah Mexico Bolos , 22 Pegawai Penjara Ditahan
Raja Dadah Mexico Bolos , 22 Pegawai Penjara Ditahan
Seramai 22 pegawai penjara ditahan berikutan kes raja dadah Mexico, Joaquin "El Chapo" Guzman meloloskan diri daripada tahanan, Sabtu lalu.
http://3.bp.blogspot.com/-HlGVRtX2A6o/VacJI8Wy3JI/AAAAAAAACHQ/2cri3jMQZzI/s320/el%2Bchapo%2Bguzman.jpg
http://3.bp.blogspot.com/-HlGVRtX2A6o/VacJI8Wy3JI/AAAAAAAACHQ/2cri3jMQZzI/s72-c/el%2Bchapo%2Bguzman.jpg
Melaka Post
http://www.melakapost.com/2015/07/raja-dadah-mexico-bolos-22-pegawai.html
http://www.melakapost.com/
http://www.melakapost.com/
http://www.melakapost.com/2015/07/raja-dadah-mexico-bolos-22-pegawai.html
true
1575416290602252359
UTF-8
Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All ANDA MUNGKIN MEMINATI INI LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS CONTENT IS PREMIUM Please share to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy