PM Setuju Tubuh Jawatankuasa Khas Kaji Hak Sabah

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bersetuju menubuhkan sebuah jawatankuasa khas bagi mengkaji hak Sabah menerima 40 peratus daripada hasil bersih yang dipungut Kerajaan Persekutuann daripada negeri itu,

PUTRAJAYA - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bersetuju menubuhkan sebuah jawatankuasa khas bagi mengkaji hak Sabah menerima 40 peratus daripada hasil bersih yang dipungut Kerajaan Persekutuan daripada negeri itu, kata Anggota Parlimen Kimanis, Datuk Seri Anifah Aman.

Beliau berkata jawatankuasa itu juga akan mengkaji secara terperinci beberapa isu lain, terutama hak kewangan daripada royalti minyak dan gas, yang kali terakhir dibayar kepada negeri itu pada 1974.

Anifah, yang juga Menteri Luar, bagaimanapun tidak menyatakan siapakah yang akan menganggotai jawatankuasa itu dan bilakah ia akan ditubuhkan.

"Jawatankuasa ini amat diperlukan kerana 'orang luar' sedang cuba meracuni fikiran generasi muda dan mendakwa apabila Malaya mengambil alih, ia juga mengambil alih harta negeri itu.

"Perkara ini semakin meningkat momentumnya dan kami rasa kami (rakyat Sabah) perlu menanganinya dengan mengetepikan kedudukan politik kami. Di samping itu, kami memang layak mendapat hak itu," katanya kepada pemberita selepas mengadakan perjumpaan dengan Najib di Perdana Putra, di sini pada Rabu.

Perjumpaan itu turut dihadiri Pengerusi Parti Pembaharuan Negeri (STAR) Sabah, Datuk Dr Jeffrey Kitingan, bekas ketua Cabang PKR Tuaran, Ansari Abdullah, setiausaha agung Parti Kerjasama Rakyat Sabah (Pakar), Zainnal Ajamain dan peguam perlembagaan, Edmund Bon.

Anifah berkata: "Hak 40 peratus bagi Sabah itu merupakan suatu tuntutan sah mengikut Perlembagaan Persekutuan. Ia adalah hak kami dan kami berhak mendapatnya."

Kitingan mendakwa Sabah berhak mendapat semua bayaran tertunggak bagi 40 peratus bayaran itu sejak 1975, yang kali terakhir dibayar pada 1974 kerana ia termaktub dalam Jadual Ke-10 Perlembgaan Persekutuan.

Pada 17 Jun lepas, Kitingan, yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri Bingkor, meminta Kerajaan Sabah menghantar surat kepada Kerajaan Pesekutuan bagi menuntutnya membayar lebih RM100 bilion faedah kompaun terkumpul, yang perlu dibayar sejak 1975.

Bayaran lebih RM100 bilion itu tidak termasuk penambahan lima peratus bayaran tunai atau royalti minyak kepada 20 peratus seperti yang dituntut Kerajaan Sarawak dan dalam kes Sabah, ia perlu ditambah RM3.45 bilion lagi setahun.

Bayaran lebih RM100 bilion itu termasuk 95 peratus hasil minyak dan gas yang dipungut Kerajaan Persekutuan di Sabah, manakala komponen minyak dan gas sahaja boleh mencecah RM8.72 bilion berdasarkan perangkaan dalam Bajet 2015. - Bernama

COMMENTS

Name

Advertorial Bisnes Business Dunia Events Featured Food Health Health Tips Homestay Informasi Interests Kerajaan Kerjaya Latest Lifestyle Melaka Menarik MH17 Money Mutakhir Muzium News Politik Relationships & Family Resepi Restoran Semasa Sukan Tempat Menarik Terkini Travel Trending
false
ltr
item
Melaka Post: PM Setuju Tubuh Jawatankuasa Khas Kaji Hak Sabah
PM Setuju Tubuh Jawatankuasa Khas Kaji Hak Sabah
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bersetuju menubuhkan sebuah jawatankuasa khas bagi mengkaji hak Sabah menerima 40 peratus daripada hasil bersih yang dipungut Kerajaan Persekutuann daripada negeri itu,
http://4.bp.blogspot.com/-4TYOxzn-4Zk/VacFXAgoLyI/AAAAAAAACG4/C_nFZjo593g/s320/Anifah%2BAman.jpg
http://4.bp.blogspot.com/-4TYOxzn-4Zk/VacFXAgoLyI/AAAAAAAACG4/C_nFZjo593g/s72-c/Anifah%2BAman.jpg
Melaka Post
http://www.melakapost.com/2015/07/pm-setuju-tubuh-jawatankuasa-khas-kaji.html
http://www.melakapost.com/
http://www.melakapost.com/
http://www.melakapost.com/2015/07/pm-setuju-tubuh-jawatankuasa-khas-kaji.html
true
1575416290602252359
UTF-8
Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All ANDA MUNGKIN MEMINATI INI LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS CONTENT IS PREMIUM Please share to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy