PAS Selangor Tak Berniat Menghalau

Pas Selangor bukan berniat untuk menghalau ahli Pas yang ingin menyertai parti baru tetapi hanyalah merupakan persiapan awal.

SHAH ALAM - Pas Selangor bukan berniat untuk menghalau ahli Pas yang ingin menyertai parti baru tetapi hanyalah merupakan persiapan awal.

Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Iskandar Abdul Samad berkata, parti mengambil tindakan tersebut hanya sekadar membuat persiapan awal sekiranya berlaku kekosongan jawatan.

"Pentadbiran dan perjalanan parti mesti diteruskan. Oleh yang demikian, parti perlu membuat persiapan awal jika terdapat mereka yang memegang apa-apa jawatan berhasrat untuk menyertai atau menubuhkan parti baru,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata demikian susulan kenyataan Setiausaha Pas Selangor, Mohd. Khairuddin Othman pada 13 Julai lalu tentang pengguguran keahlian Pas bagi mereka yang menyertai parti baru.

Katanya lagi, pihaknya mengalu-alukan sesiapa sahaja untuk menyertai dan bergiat aktif di dalam Pas malah masyarakat bukan Islam juga boleh menyertai Pas melalui Dewan Himpunan Penyokong Pas. 

Ujar beliau, parti juga akan berusaha sedaya upaya agar ahli-ahli kekal di dalam Pas. Tetapi jika terdapat mereka yang bersungguh-sungguh mahu menyertai parti baru, parti akan menghormati pendirian mereka.

"Bagaimanapun, jika mereka seorang pemimpin, mereka juga perlu menghormati ahli-ahli dengan tidak membiarkan ahli-ahli tertunggu-tunggu.

“Satu keputusan perlu dibuat dengan segera untuk kebaikan kedua-dua pihak," katanya, lapor Sinar Harian.

COMMENTS

Name

Advertorial Bisnes Business Dunia Events Featured Food Health Health Tips Homestay Informasi Interests Kerajaan Kerjaya Latest Lifestyle Melaka Menarik MH17 Money Mutakhir Muzium News Politik Relationships & Family Resepi Restoran Semasa Sukan Tempat Menarik Terkini Travel Trending
false
ltr
item
Melaka Post: PAS Selangor Tak Berniat Menghalau
PAS Selangor Tak Berniat Menghalau
Pas Selangor bukan berniat untuk menghalau ahli Pas yang ingin menyertai parti baru tetapi hanyalah merupakan persiapan awal.
http://4.bp.blogspot.com/-toLpo59c70c/VacHVaMzMKI/AAAAAAAACHE/Mbgmxw5Dn8Y/s320/Datuk%2BIskandar%2BAbdul%2BSamad.jpg
http://4.bp.blogspot.com/-toLpo59c70c/VacHVaMzMKI/AAAAAAAACHE/Mbgmxw5Dn8Y/s72-c/Datuk%2BIskandar%2BAbdul%2BSamad.jpg
Melaka Post
http://www.melakapost.com/2015/07/pas-selangor-tak-berniat-menghalau.html
http://www.melakapost.com/
http://www.melakapost.com/
http://www.melakapost.com/2015/07/pas-selangor-tak-berniat-menghalau.html
true
1575416290602252359
UTF-8
Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All ANDA MUNGKIN MEMINATI INI LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS CONTENT IS PREMIUM Please share to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy