Ops Selamat - 116 Kematian Dicatat Dalam Tempoh 5 Hari

Sebanyak 7,274 kes kemalangan dan 116 kematian dicatatkan dalam tempoh lima hari Op Selamat 7/2015 sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri, sejak Jumaat lalu

KUALA LUMPUR - Sebanyak 7,274 kes kemalangan dan 116 kematian dicatatkan dalam tempoh lima hari Op Selamat 7/2015 sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri, sejak Jumaat lalu. 

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, berkata daripada jumlah itu, 47 kematian dicatatkan di jalan persekutuan, disusuli jalan-jalan negeri (26), lebuh raya (18), jalan bandaran (13) dan jalan-jalan lain (12). 


Johor dan Selangor antara negeri merekodkan jumlah kematian tertinggi, masing-masing 20 dan 17, katanya pada sidang media Kempen Balik Kampung Op Selamat 7/2015 di Plaza Tol Gombak di sini, hari ini. 

"Penunggang dan pembonceng motosikal masih merupakan kematian tertinggi dengan 69 kes atau 59 peratus diikuti motokar dengan 25 kes atau 21 peratus," katanya. 

Khalid berkata, sehingga semalam, 301 saman dikeluarkan ke atas pengguna jalan raya yang menggunakan lorong kecemasan manakala 1,880 saman lagi ke atas pemandu yang memotong barisan. 

Mengulas lanjut, Khalid berkata, angka kemalangan dan kematian bagi tempoh berkenaan adalah jauh lebih tinggi berbanding tempoh sama tahun lepas, iaitu 7,153 kes dan 86 kematian. Beliau menyifatkan perkembangan itu sebagai amat membimbangkan. 

"Saya minta Cawangan Trafik meningkatkan kawalan dan penguatkuasaan di kawasan 'black spots' di mana kemalangan kerap terjadi," katanya. - Bernama

COMMENTS

Name

Advertorial Bisnes Business Dunia Events Featured Food Health Health Tips Homestay Informasi Interests Kerajaan Kerjaya Latest Lifestyle Melaka Menarik MH17 Money Mutakhir Muzium News Politik Relationships & Family Resepi Restoran Semasa Sukan Tempat Menarik Terkini Travel Trending
false
ltr
item
Melaka Post: Ops Selamat - 116 Kematian Dicatat Dalam Tempoh 5 Hari
Ops Selamat - 116 Kematian Dicatat Dalam Tempoh 5 Hari
Sebanyak 7,274 kes kemalangan dan 116 kematian dicatatkan dalam tempoh lima hari Op Selamat 7/2015 sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri, sejak Jumaat lalu
http://2.bp.blogspot.com/-gz1pKGrtx6M/VacLDtc-cXI/AAAAAAAACHc/UWg211mK7sg/s320/ops%2Bselamat.jpg
http://2.bp.blogspot.com/-gz1pKGrtx6M/VacLDtc-cXI/AAAAAAAACHc/UWg211mK7sg/s72-c/ops%2Bselamat.jpg
Melaka Post
http://www.melakapost.com/2015/07/ops-selamat-116-kematian-dicatat-dalam.html
http://www.melakapost.com/
http://www.melakapost.com/
http://www.melakapost.com/2015/07/ops-selamat-116-kematian-dicatat-dalam.html
true
1575416290602252359
UTF-8
Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All ANDA MUNGKIN MEMINATI INI LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS CONTENT IS PREMIUM Please share to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy