Mufti Sedia Jadi Orang Tengah Najib - Tun Mahathir

Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria sedia jadi orang tengah untuk menyelesaikan perbalahan terbuka Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dengan Tun Dr Mahathir Mohamad.

PARIT BUNTAR - Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria sedia jadi orang tengah untuk menyelesaikan perbalahan terbuka Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dengan Tun Dr Mahathir Mohamad.

Mengumpamakan dirinya sebagai ‘hidung tak mancung, pipi pula tersorong-sorong’ untuk menawarkan diri bagi tujuan itu, Harussani menyatakan perbalahan berterusan kedua-dua tokoh pemimpin pasti memberi kesan yang sangat negatif terhadap negara, bangsa dan umat Islam serta masyarakat keseluruhannya. 

"Sebab itu, tak boleh dibiarkan berlarutan. Saya sedia jadi orang tengah sekiranya diperlukan," jelasnya. 

Katanya, biarpun bertelingkah, peraturan dalam menangani perbezaan pandangan masih perlu dipatuhi.

Apa yang paling membimbangkan, kata Harussani ialah perpecahan yang semakin teruk dalam kalangan umat Islam.

"Mereka perlu bersemuka dan berunding. Sekarang apa yang kita lihat (selagi masalah ini tidak diselesaikan) ialah orang ramai, rakyat turut sama terlibat. Mereka jadi mangsa, berpecah belah,” katanya pada majlis sumbangan zakat dan Hari Raya Aidilfitri kepada golongan asnaf  dan fakir miskin oleh Yayasan Muhibbah Fng Ah Seng, semalam.

Turut hadir Pengerusi Epic Valley Holding Berhad, Tan Sri Fng Ah Seng dan Orang Besar Jajahan Kerian, Datuk Meor Ridwan Mahayuddin.

Harussani turut membidas mereka yang terpengaruh dengan media barat hingga menyebarkan berita fitnah terhadap Perdana Menteri berhubung kemelut 1MDB ketika ini.

Menurutnya, perbuatan tuduh-menuduh adalah satu perbuatan salah dan mesti dijauhkan kerana ianya bertentangan dengan ajaran Islam.

“Sekiranya ada berlaku kesilapan oleh individu tertuduh sekalipun, ianya perlu ditegur berlandaskan syariat Islam dan bukannya menyebarkan maklumat palsu yang mungkin akan menjejaskan maruah tertuduh.

“Bagi saya, punca maklumat palsu dan berbaur fitnah tersebar cepat dalam kalangan kita adalah disebabkan sifat kebinatangan dan kesyaitanan yang ada dalam diri manusia yang mana sifat-sifat seperti takbur, was-was dan suka memfitnah timbul meskipun syaitan diikat pada bulan Ramadan,” katanya, lapor Sinar Harian.

COMMENTS

Name

Advertorial Bisnes Business Dunia Events Featured Food Health Health Tips Homestay Informasi Interests Kerajaan Kerjaya Latest Lifestyle Melaka Menarik MH17 Money Mutakhir Muzium News Politik Relationships & Family Resepi Restoran Semasa Sukan Tempat Menarik Terkini Travel Trending
false
ltr
item
Melaka Post: Mufti Sedia Jadi Orang Tengah Najib - Tun Mahathir
Mufti Sedia Jadi Orang Tengah Najib - Tun Mahathir
Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria sedia jadi orang tengah untuk menyelesaikan perbalahan terbuka Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dengan Tun Dr Mahathir Mohamad.
http://3.bp.blogspot.com/-OENwOZLWKL4/VZ8maUfrJFI/AAAAAAAACFI/zqXCtbuzpFI/s320/najib%2Btun%2Bm.jpg
http://3.bp.blogspot.com/-OENwOZLWKL4/VZ8maUfrJFI/AAAAAAAACFI/zqXCtbuzpFI/s72-c/najib%2Btun%2Bm.jpg
Melaka Post
http://www.melakapost.com/2015/07/mufti-sedia-jadi-orang-tengah-najib-tun.html
http://www.melakapost.com/
http://www.melakapost.com/
http://www.melakapost.com/2015/07/mufti-sedia-jadi-orang-tengah-najib-tun.html
true
1575416290602252359
UTF-8
Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All ANDA MUNGKIN MEMINATI INI LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS CONTENT IS PREMIUM Please share to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy