Menteri Kewangan Greece Letak Jawatan

Menteri Kewangan Greece Yanis Varoufakis pada Isnin berkata beliau meletakkan jawatan dan pengumuman tersebut suatu yang mengejutkan walau pemerintah negara itu telah mendapat keputusan undian yang menolak syarat pelan penyelamat yang ditawar zon Euro

ATHENS - Menteri Kewangan Greece Yanis Varoufakis pada Isnin berkata beliau meletakkan jawatan dan pengumuman tersebut suatu yang mengejutkan walau pemerintah negara itu telah mendapat keputusan undian yang menolak syarat pelan penyelamat yang ditawar zon Euro.

“Sejurus selepas pengumuman keputusan referandum, saya menyedari sesetengah peserta kumpulan Eropah dan pelbagai rakan kerja lain yang mahukan saya ‘tidak hadir’ dalam mesyuarat,” ujar Varoufakis.

Varoufakis dikatakan banyak kali bertembung pendapat dengan pemiutang dalam banyak rundingan sepanjang bulan-bulan kebelakangan ini.

Menurutnya, ia adalah idea Perdana Menteri yang merasakan ia boleh membantunya mencapai persetujuan.

“Atas sebab ini saya meninggalkan Kementerian Kewangan hari ini,” katanya.

Dia juga mengingatkan bahawa keputusan referandum yang menyaksikan 60 peratus rakyat Greece menolak pelan penyelamat yang didesak pemiutang antarabangsa, hadir bersama harga yang besar untuk dibayar, sama seperti perjuangan untuk hak-hak demokratik.

“Modal besar yang diberikan kepada kerajaan kita harus dilabur segera bagi mendapatkan penyelesaian sewajarnya,” katanya yang menyeru persetujuan yang melibatkan penstrukturan semula hutang, pengurangan langkah penjimatan, pengagihan semula untuk membantu golongan memerlukan, serta reformasi sebenar.

Varoufakis selama ini lantang bersuara telah ‘menggegarkan’ kumpulan Eropah sejak pelantikannya Januari lalu.

“Saya akan ‘memperagakan’ kebencian pemiutang-pemiutang itu dengan rasa bangga,” ujarnya yang tidak sesekali mahu tunduk pada kehendak konvensyen berkenaan.-AFP

COMMENTS

Name

Advertorial Bisnes Business Dunia Events Featured Food Health Health Tips Homestay Informasi Interests Kerajaan Kerjaya Latest Lifestyle Melaka Menarik MH17 Money Mutakhir Muzium News Politik Relationships & Family Resepi Restoran Semasa Sukan Tempat Menarik Terkini Travel Trending
false
ltr
item
Melaka Post: Menteri Kewangan Greece Letak Jawatan
Menteri Kewangan Greece Letak Jawatan
Menteri Kewangan Greece Yanis Varoufakis pada Isnin berkata beliau meletakkan jawatan dan pengumuman tersebut suatu yang mengejutkan walau pemerintah negara itu telah mendapat keputusan undian yang menolak syarat pelan penyelamat yang ditawar zon Euro
http://4.bp.blogspot.com/-py8wYw2BUsk/VZs6JxeeQBI/AAAAAAAACC4/rio1YC_J1cg/s320/Yanis-Varoufakis.jpg
http://4.bp.blogspot.com/-py8wYw2BUsk/VZs6JxeeQBI/AAAAAAAACC4/rio1YC_J1cg/s72-c/Yanis-Varoufakis.jpg
Melaka Post
http://www.melakapost.com/2015/07/menteri-kewangan-greece-letak-jawatan.html
http://www.melakapost.com/
http://www.melakapost.com/
http://www.melakapost.com/2015/07/menteri-kewangan-greece-letak-jawatan.html
true
1575416290602252359
UTF-8
Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All ANDA MUNGKIN MEMINATI INI LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS CONTENT IS PREMIUM Please share to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy