Mayat Bayi Dikerat Enam Dalam Tangki Tandas

Polis menemui sebahagian tubuh bayi yang dikerat enam bahagian di dalam tangki tandas di sebuah rumah di Kampung Manggol, Jitra semalam.

ALOR SETAR - Polis menemui sebahagian tubuh bayi yang dikerat enam bahagian di dalam tangki tandas di sebuah rumah di Kampung Manggol, Jitra semalam.

Ketua Polis Daerah Kubang Pasu Supt Abd Rahim Abdullah yang mengesahkan perkara itu berkata terdapat beberapa tubuh bayi belum ditemui seperti bahagian tangan, kemaluan dan kaki kanan bayi tersebut.

Katanya tubuh bayi dipercayai dikerat dengan menggunakan senjata tajam, sebelum dibuang ke dalam tangki tandas.

Beliau berkata sebahagian anggota badan bayi yang ditemui itu dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) untuk tindakan lanjut manakala suspek wanita berumur 31 tahun turut ditahan di HSB kerana mengalami pendarahan.

"Siasatan awal mendapati suspek telah melakukan pemeriksaan pada kemaluan dan doktor yang memeriksa mendapati terdapat kesan koyakan melahirkan anak," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Abd Rahim berkata hasil soal siasat pertama mendapati suspek berbohong dengan memberitahu telah bersalin di rumahnya di Kg Binjal, Jitra dan bayinya dibuang di dalam tong sampah.

Katanya hasil siasatan lanjut mendapati suspek melahirkan bayi tersebut di rumah datuknya di Kg Manggol, Jitra dengan cara berdiri dan telah membuang bayi tersebut di dalam lubang tandas dengan cara mengepam air.

Suspek juga dipercayai makan ubat tidur ketika pulang ke rumah datuknya di Kampung Manggol dan pada 1 tengah hari semalam, suspek memberitahu ibunya mahu ke tandas untuk buang air besar.

"Satu jam selepas itu suspek keluar dari tandas dan beritahu ibunya yang dia datang haid dan terus sambung tidur sehingga waktu berbuka puasa.

Suspek juga tidak menunjukkan tanda-tanda mencurigakan dan ibu suspek juga tidak mendengar bunyi mencurigakan dalam tandas tersebut," katanya.

Katanya kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan.-Bernama

COMMENTS

Name

Advertorial Bisnes Business Dunia Events Featured Food Health Health Tips Homestay Informasi Interests Kerajaan Kerjaya Latest Lifestyle Melaka Menarik MH17 Money Mutakhir Muzium News Politik Relationships & Family Resepi Restoran Semasa Sukan Tempat Menarik Terkini Travel Trending
false
ltr
item
Melaka Post: Mayat Bayi Dikerat Enam Dalam Tangki Tandas
Mayat Bayi Dikerat Enam Dalam Tangki Tandas
Polis menemui sebahagian tubuh bayi yang dikerat enam bahagian di dalam tangki tandas di sebuah rumah di Kampung Manggol, Jitra semalam.
http://3.bp.blogspot.com/-dnSRM_HA_2w/VZyBol7AG6I/AAAAAAAACDY/ab1Tj22DXEE/s320/kanak%2Bdkierat.jpeg
http://3.bp.blogspot.com/-dnSRM_HA_2w/VZyBol7AG6I/AAAAAAAACDY/ab1Tj22DXEE/s72-c/kanak%2Bdkierat.jpeg
Melaka Post
http://www.melakapost.com/2015/07/mayat-bayi-dikerat-enam-dalam-tangki.html
http://www.melakapost.com/
http://www.melakapost.com/
http://www.melakapost.com/2015/07/mayat-bayi-dikerat-enam-dalam-tangki.html
true
1575416290602252359
UTF-8
Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All ANDA MUNGKIN MEMINATI INI LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS CONTENT IS PREMIUM Please share to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy