KAFA Siasat Dakwaan Tangan Ghaib Ganggu Kejurulatihan

Saya terkejut dengan dakwaan itu, setahu saya, kami memberikan kebebasan penuh kepadanya mengendalikan pasukan,


"Saya terkejut dengan dakwaan itu, setahu saya, kami memberikan kebebasan penuh kepadanya mengendalikan pasukan," kata Naib Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Datuk Rosmadi Ismail.

Menurutnya dakwaan Mohd Azraai Khor Abdullah mengenai adanya 'tangan ghaib' yang mengganggu tugasnya sebagai jurulatih skuad The Red Warriors, adalah serius.

"Pihak pengurusan tidak campur tangan dalam aspek kejurulatihan," katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau berkata pihaknya memandang serius dakwaan itu dan akan segera membuat siasatan apa lagi ketika ini, naib juara Piala FA musim ini terperosok di kelompok bawahan Liga Super.

Beliau mengulas tindakan Mohd Azraai Khor, 62, yang meletak jawatan sebagai jurulatih Kelantan semalam, kurang empat bulan selepas mengambil alih tugas itu daripada George Boateng pada 24 Mac lepas. 

Rosmadi berkata Mohd Azraai Khor sudah memaklumkan kepada Presiden KAFA, Tan Sri Annuar Musa mengenai peletakan jawatannya.

"Presiden (Annuar) akan adakan mesyuarat dalam masa terdekat untuk menyelesaikan masalah ini dan buat masa ini tugas jurulatih akan diambil alih Zahasmi Ismail," katanya.

Sementara itu, Pengurus Kelantan, Azman Ibrahim berkata Zahasmi yang juga bekas pemain kebangsaan akan mengendalikan latihan pasukan TRW bermula hari ini.

"Kita akan tunggu keputusan rasmi daripada pengurusan tertinggi KAFA mengenai siapa jurulatih baharu pasukan itu dan buat sementara Zahasmi akan memangku tugas ketua jurulatih ," katanya.

Untuk rekod, di bawah kendalian Mohd Azraai Khor, Kelantan hanya mencatat tiga kemenangan, dua seri dan tujuh kekalahan daripada 12 perlawanan dalam Liga
Super dan Piala FA tahun ini.

Beliau turut membawa Kelantan ke pentas final Piala FA tahun ini sebelum tewas 3-1 di tangan wakil Singapura, Lions XII, lapor Astro Arena.

COMMENTS

Name

Advertorial Bisnes Business Dunia Events Featured Food Health Health Tips Homestay Informasi Interests Kerajaan Kerjaya Latest Lifestyle Melaka Menarik MH17 Money Mutakhir Muzium News Politik Relationships & Family Resepi Restoran Semasa Sukan Tempat Menarik Terkini Travel Trending
false
ltr
item
Melaka Post: KAFA Siasat Dakwaan Tangan Ghaib Ganggu Kejurulatihan
KAFA Siasat Dakwaan Tangan Ghaib Ganggu Kejurulatihan
Saya terkejut dengan dakwaan itu, setahu saya, kami memberikan kebebasan penuh kepadanya mengendalikan pasukan,
http://2.bp.blogspot.com/-7vsT8krYW80/VZs84J4j4jI/AAAAAAAACDE/DaE8S7kK8PI/s400/azraai%2Bkhor.jpg
http://2.bp.blogspot.com/-7vsT8krYW80/VZs84J4j4jI/AAAAAAAACDE/DaE8S7kK8PI/s72-c/azraai%2Bkhor.jpg
Melaka Post
http://www.melakapost.com/2015/07/kafa-siasat-dakwaan-tangan-ghaib-ganggu.html
http://www.melakapost.com/
http://www.melakapost.com/
http://www.melakapost.com/2015/07/kafa-siasat-dakwaan-tangan-ghaib-ganggu.html
true
1575416290602252359
UTF-8
Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All ANDA MUNGKIN MEMINATI INI LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS CONTENT IS PREMIUM Please share to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy