Gold Coast Resort Melaka Bakal Beroperasi

Gold Coast Resort Sdn Bhd bakal membuka sebuah taman tema air di tarikan kendaliannya, Gold Coast Resort Melaka pada pertengahan bulan depan.


MELAKA : Gold Coast Resort Sdn Bhd bakal membuka sebuah taman tema air di tarikan kendaliannya, Gold Coast Resort Melaka pada pertengahan bulan depan.
    
Pengerusinya, Datuk Dr Alex Tan berkata, taman tema di Bukit Katil di sini merupakan usaha naik taraf bagi menarik lebih ramai pengunjung ke pusat peranginan berkenaan selain memberi nilai tambah kepada lokasi berkenaan.
    
Pembangunan fasa pertama taman tema itu kini siap 75 peratus dan merangkumi taman tema kanak-kanak serta 'wave pool' (kolam berombak).
    
"Pembangunan fasa seterusnya membabitkan lebih banyak permainan termasuk 'tornado', 'sliding pool' (kolam gelongsor) yang dijangka siap sepenuhnya selewat-lewatnya menjelang Oktober depan.
    
"Kita menyediakan pakej taman tema air ini kepada pengunjung pusat peranginan ini dan turut dibuka kepada orang ramai dengan cadangan kadar bayaran kira-kira RM40 seorang," katanya kepada pemberita di sini, malam tadi.
    
Beliau berkata demikian selepas majlis berbuka puasa bersama pelajar kelainan upaya Sekolah Kebangsaan Lesong Batu dan Pondok Darul Muttaqin di pusat peranginan itu di sini.
    
Pusat peranginan itu dilengkapi 322 bilik dan 840 katil.
    
Menurut Tan, taman tema berkenaan akan beroperasi sehingga 12 malam setiap hari sebagai usaha menarik kehadiran pengunjung.
    
Ia akan mengekalkan replika Kapal Samudera sebagai identiti Melaka yang terkenal sebagai pusat pelabuhan pada zaman dahulu.
    
Beliau juga yakin Gold Coast Resort Melaka dapat menarik kedatangan lebih ramai pengunjung terutama dari China, selaras cadangan pemansuhan visa pelancong China ke negara ini. - Bernama

COMMENTS

Name

Advertorial Bisnes Business Dunia Events Featured Food Health Health Tips Homestay Informasi Interests Kerajaan Kerjaya Latest Lifestyle Melaka Menarik MH17 Money Mutakhir Muzium News Politik Relationships & Family Resepi Restoran Semasa Sukan Tempat Menarik Terkini Travel Trending
false
ltr
item
Melaka Post: Gold Coast Resort Melaka Bakal Beroperasi
Gold Coast Resort Melaka Bakal Beroperasi
Gold Coast Resort Sdn Bhd bakal membuka sebuah taman tema air di tarikan kendaliannya, Gold Coast Resort Melaka pada pertengahan bulan depan.
http://4.bp.blogspot.com/-siN73O0kSxU/VZogGQDrVlI/AAAAAAAACBk/75g2cjmUmT0/s400/Gold%2BCoast%2BResort%2BMelaka.jpg
http://4.bp.blogspot.com/-siN73O0kSxU/VZogGQDrVlI/AAAAAAAACBk/75g2cjmUmT0/s72-c/Gold%2BCoast%2BResort%2BMelaka.jpg
Melaka Post
http://www.melakapost.com/2015/07/gold-coast-resort-melaka-bakal.html
http://www.melakapost.com/
http://www.melakapost.com/
http://www.melakapost.com/2015/07/gold-coast-resort-melaka-bakal.html
true
1575416290602252359
UTF-8
Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All ANDA MUNGKIN MEMINATI INI LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS CONTENT IS PREMIUM Please share to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy