Dakwaan WSJ Konspirasi Jatuhkan Kerajaan

Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa) menyifatkan dakwaan The Wall Street Journal (WSJ) terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) merupakan konspirasi antarabangsa untuk menjatuhkan kerajaan.

BALIK PULAU - Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa) menyifatkan dakwaan The Wall Street Journal (WSJ) terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) merupakan  konspirasi antarabangsa untuk menjatuhkan kerajaan.

Ketua Pengarah Jasa, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi berkata, selepas penangkapan warga Switzerland yang juga bekas pegawai PetroSaudi International Ltd, Xavier Andre Justo bulan lepas, maka terdedah bahawa ada pihak yang melakukan pemalsuan dokumen untuk menfitnah kerajaan.

"Selama ini kita hanya melihat konspirasi untuk menjatuhkan kepimpinan negara ini melalui 'orang  dalam' semata-mata tetapi  dengan apa yang dilakukan WSJ ini jelas negara kini turut berhadapan dengan serangan daripada luar.

"Saya berharap Perdana Menteri dapat segerakan tindakan saman terhadap WSJ yang sengaja mahu memfitnah dan memburukkan  nama baik beliau dan negara," katanya kepada pemberita sebelum Program Jasa Prihatin peringkat Pulau Pinang di Sungai  Batu, Teluk Kumbar di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Najib semalam bahawa beliau akan membuat keputusan dalam masa beberapa hari mengenai bentuk tindakan yang akan diambil berhubung tuduhan kononnya kira-kira US$700 juta (RM2.6 bilion) daripada dana 1MDB telah disalurkan ke dalam akaun peribadinya.

Mohd Puad yang juga anggota Majlis Tertinggi Umno berkata tindakan saman itu harus disegerakan kerana dakwaan itu bukan sahaja membawa kesan kepada kepimpinan Perdana Menteri tetapi juga kestabilan dan  keselamatan negara.

Beliau turut mengesa ahli Umno supaya bersatu mempertahankan Perdana Menteri dan yakin Najib mampu menerajui cabaran itu dengan sokongan ahli Umno dan keyakinan rakyat.

"Kenyataan (penafian) yang dibuat oleh Perdana Menteri berhubung perkara ini adalah jelas dan dakwaan WSJ langsung tidak berasas," katanya.

Jumaat lepas, WSJ menyiarkan laporan dengan mendakwa sejumlah hampir US$700 juta (RM2.6 bilion) dana milik 1MDB disalurkan ke akaun peribadi perdana menteri.

Bagaimanapun, pada hari yang sama, Pejabat Perdana Menteri (PMO) menafikan laporan WSJ itu dan menyifatkan ia sebagai  sabotaj politik untuk menjatuhkan seorang perdana menteri yang dipilih secara demokratik.

1MDB pula juga menegaskan bahawa ia tidak pernah menyalurkan dana kepada Najib. - Bernama

COMMENTS

Name

Advertorial Bisnes Business Dunia Events Featured Food Health Health Tips Homestay Informasi Interests Kerajaan Kerjaya Latest Lifestyle Melaka Menarik MH17 Money Mutakhir Muzium News Politik Relationships & Family Resepi Restoran Semasa Sukan Tempat Menarik Terkini Travel Trending
false
ltr
item
Melaka Post: Dakwaan WSJ Konspirasi Jatuhkan Kerajaan
Dakwaan WSJ Konspirasi Jatuhkan Kerajaan
Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa) menyifatkan dakwaan The Wall Street Journal (WSJ) terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) merupakan konspirasi antarabangsa untuk menjatuhkan kerajaan.
http://4.bp.blogspot.com/-mnMK2iNhcEE/VZs2zsDyv3I/AAAAAAAACCc/y_yqnJkvjbQ/s320/najibwsj.jpg
http://4.bp.blogspot.com/-mnMK2iNhcEE/VZs2zsDyv3I/AAAAAAAACCc/y_yqnJkvjbQ/s72-c/najibwsj.jpg
Melaka Post
http://www.melakapost.com/2015/07/dakwaan-wsj-konspirasi-jatuhkan-kerajaan.html
http://www.melakapost.com/
http://www.melakapost.com/
http://www.melakapost.com/2015/07/dakwaan-wsj-konspirasi-jatuhkan-kerajaan.html
true
1575416290602252359
UTF-8
Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All ANDA MUNGKIN MEMINATI INI LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS CONTENT IS PREMIUM Please share to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy