Banteras Jualan Gajet Tiruan

Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menggesa kerajaan bertegas membanteras penjualan gajet atau alatan elektronik tiruan di premis-premis terkenal di negara ini.

SHAH ALAM - Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menggesa kerajaan bertegas membanteras penjualan gajet atau alatan elektronik tiruan di premis-premis terkenal di negara ini.

Ketua aktivisnya, Datuk Nadzim Johan berkata, penipuan jualan melibatkan peralatan elektronik seperti telefon pintar bukan perkara baharu dan ia semakin  membimbangkan.

“Untuk rekod, penipuan jualan membabitkan gajet palsu ini telah berlaku sejak lebih sedekad lalu. Ramai yang telah menjadi mangsa kerana ketamakan peniaga.

“Modus operandi mereka adalah dengan menjual set tiruan dengan harga sama seperti set original,” katanya, semalam.

Menurut Nadzim, penipuan yang dilakukan oleh peniaga bukan tertumpu kepada mana-mana bangsa.

“Pihak kami ada terima aduan daripada pelancong asing yang datang ke negara kita pernah ditipu oleh peniaga telefon pintar. Penipuan tersebut berlaku di tempat membeli belah terkenal iaitu di KLCC.

“Ada yang mendakwa membayar set telefon pintar original tetapi apabila diperiksa, beberapa komponen penting telah ditukar. Ini telah memburukkan imej negara kita,” katanya.

Beliau mencadangkan kerajaan menetapkan syarat supaya peniaga-peniaga gajet di negara ini berada di dalam persatuan.

“Tujuan utama supaya peniaga ini masuk persatuan untuk memudahkan sebarang teguran dilakukan.

“Sebagai contoh, sebuah kedai di bawah persatuannya melakukan kesalahan, maka persatuan tersebut bertanggungjawab menyelesaikan masalah yang timbul,” katanya, lapor Sinar Harian.

COMMENTS

Name

Advertorial Bisnes Business Dunia Events Featured Food Health Health Tips Homestay Informasi Interests Kerajaan Kerjaya Latest Lifestyle Melaka Menarik MH17 Money Mutakhir Muzium News Politik Relationships & Family Resepi Restoran Semasa Sukan Tempat Menarik Terkini Travel Trending
false
ltr
item
Melaka Post: Banteras Jualan Gajet Tiruan
Banteras Jualan Gajet Tiruan
Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menggesa kerajaan bertegas membanteras penjualan gajet atau alatan elektronik tiruan di premis-premis terkenal di negara ini.
http://2.bp.blogspot.com/-fOApmAUeY70/VaSXmBZT2TI/AAAAAAAACGo/xdf0v-x2kG0/s320/gajet%2Bclone.jpg
http://2.bp.blogspot.com/-fOApmAUeY70/VaSXmBZT2TI/AAAAAAAACGo/xdf0v-x2kG0/s72-c/gajet%2Bclone.jpg
Melaka Post
http://www.melakapost.com/2015/07/banteras-jualan-gajet-tiruan.html
http://www.melakapost.com/
http://www.melakapost.com/
http://www.melakapost.com/2015/07/banteras-jualan-gajet-tiruan.html
true
1575416290602252359
UTF-8
Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All ANDA MUNGKIN MEMINATI INI LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS CONTENT IS PREMIUM Please share to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy