Anak Saudara Rozaimi Meninggal Dunia

Awangku Mohd. Farris Mahmud, 21, yang terlibat dalam kemalangan bersama penyerang pasukan bola sepak negara, Md. Rozaimi Abd. Rahman, 23, di Kilometer 3.5, Jalan Tuaran petang tadi, disahkan meninggal dunia malam ini.

KOTA KINABALU - Awangku Mohd. Farris Mahmud, 21, yang terlibat dalam kemalangan bersama penyerang pasukan bola sepak negara, Md. Rozaimi Abd. Rahman, 23, di Kilometer 3.5, Jalan Tuaran petang tadi, disahkan meninggal dunia malam tadi.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner M Chandra dipetik sebagai berkata, mangsa disahkan meninggal dunia 8.37 malam tadi selepas menerima rawatan.

"Mangsa dimasukkan ke Hospital Queen Elizabeth II (HQE II) petang tadi, selepas kereta yang dipandunya terbabit dalam kemalangan 1.30 petang.

"Pada 8.37 malam tadi, Farris disahkan meninggal dunia," katanya ketika dihubungi.

Sementara itu, Md. Rozaimi dikatakan sudah sedarkan diri dan boleh bercakap serta dilaporkan stabil.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Dalam kejadian 1.30 petang itu, kereta jenis Honda Civic yang dipandu mangsa bersama bekas penyerang Harimau Muda itu dalam perjalanan dari Inanam menghala ke pusat bandar raya sebelum terbabas lalu merempuh sebatang pokok, tiang telefon dan tembok konkrit.

Akibat kejadian itu, Farris dan Rozaimi yang mengalami kecederaan parah dibahagian kepala kemudian dikejarkan ke HEQ II untuk rawatan lanjut, lapor Sinar Harian.

COMMENTS

Name

Advertorial Bisnes Business Dunia Events Featured Food Health Health Tips Homestay Informasi Interests Kerajaan Kerjaya Latest Lifestyle Melaka Menarik MH17 Money Mutakhir Muzium News Politik Relationships & Family Resepi Restoran Semasa Sukan Tempat Menarik Terkini Travel Trending
false
ltr
item
Melaka Post: Anak Saudara Rozaimi Meninggal Dunia
Anak Saudara Rozaimi Meninggal Dunia
Awangku Mohd. Farris Mahmud, 21, yang terlibat dalam kemalangan bersama penyerang pasukan bola sepak negara, Md. Rozaimi Abd. Rahman, 23, di Kilometer 3.5, Jalan Tuaran petang tadi, disahkan meninggal dunia malam ini.
http://4.bp.blogspot.com/-32vS-hLilQ0/VZs3tjaqDrI/AAAAAAAACCk/RcJg7NNARUs/s320/rosaimi%2Bkemalangan.jpg
http://4.bp.blogspot.com/-32vS-hLilQ0/VZs3tjaqDrI/AAAAAAAACCk/RcJg7NNARUs/s72-c/rosaimi%2Bkemalangan.jpg
Melaka Post
http://www.melakapost.com/2015/07/anak-saudara-rozaimi-meninggal-dunia.html
http://www.melakapost.com/
http://www.melakapost.com/
http://www.melakapost.com/2015/07/anak-saudara-rozaimi-meninggal-dunia.html
true
1575416290602252359
UTF-8
Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All ANDA MUNGKIN MEMINATI INI LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS CONTENT IS PREMIUM Please share to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy