Umno Bakal Berkubur jika Tidak Bersatu

Umno digesa menyelesaikan segera pergolakan dalaman parti itu khususnya ketika berdepan dengan isu berkepentingan negara secara bersama jika tidak mahu ia berkubur dalam politik negara ini.

SHAH ALAM - Umno digesa menyelesaikan segera pergolakan dalaman parti itu khususnya ketika berdepan dengan isu berkepentingan negara secara bersama jika tidak mahu ia berkubur dalam politik negara ini.

Presiden Persatuan Pedagang dan Pengusaha Melayu Malaysia (Perdasama), Datuk Moehamed Izat Emir menegaskan segala masalah boleh diselesaikan jika semua pimpinan Umno boleh bertolak ansur.

"Sekiranya Umno berpecah sekali lagi kerana kepentingan jawatan atau isu-isu yang boleh diselesaikan bersama tetapi tidak mahu berpakat baik-baik, saya khuatir dan bimbang ia akan menguburkan Umno sebagai tulang belakang pemerintahan kerajaan.

"Saya mohon agar kepimpinan negara tidak berpecah belah untuk mengharungi badai perjuangan menjadikan Malaysia negara maju dan rakyat yang berpendapatan tinggi," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Moehamed Izat juga berkata masih tidak terlewat bagi Umno untuk memperbetulkan keadaan kerana masih belum terlewat untuk berbuat demikian.

"Pergolakan yang berlaku dalam Umno belum lagi melemah dan melumpuhkannya sebagai satu parti yang terus menerus memerintah negara yang tercinta," ujarnya.

Sehubungan itu, beliau turut menggesa rakyat Malaysia agar memberi peluang kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk meneruskan usaha pembaharuan kepada rakyat Malaysia.

"Gagasan 1Malaysia merupakan cadangan yang paling sesuai untuk menyatupadukan rakyat dan bantuan serta pertolongan diberikan kepada semua yang memerlukan.

"Rakyat perlu bersama-sama memikul tanggungjawab ini untuk memastikan negara kita sihat untuk masa depan anak cucu kita," katanya lagi, lapor Sinar Harian.

COMMENTS

Name

Advertorial Bisnes Business Dunia Events Featured Food Health Health Tips Homestay Informasi Interests Kerajaan Kerjaya Latest Lifestyle Melaka Menarik MH17 Money Mutakhir Muzium News Politik Relationships & Family Resepi Restoran Semasa Sukan Tempat Menarik Terkini Travel Trending
false
ltr
item
Melaka Post: Umno Bakal Berkubur jika Tidak Bersatu
Umno Bakal Berkubur jika Tidak Bersatu
Umno digesa menyelesaikan segera pergolakan dalaman parti itu khususnya ketika berdepan dengan isu berkepentingan negara secara bersama jika tidak mahu ia berkubur dalam politik negara ini.
http://3.bp.blogspot.com/-FUo0wm1gaE8/VXAPxx07sRI/AAAAAAAAB5o/luKpOQEygcw/s320/umno.jpg
http://3.bp.blogspot.com/-FUo0wm1gaE8/VXAPxx07sRI/AAAAAAAAB5o/luKpOQEygcw/s72-c/umno.jpg
Melaka Post
http://www.melakapost.com/2015/06/umno-bakal-berkubur-jika-tidak-bersatu.html
http://www.melakapost.com/
http://www.melakapost.com/
http://www.melakapost.com/2015/06/umno-bakal-berkubur-jika-tidak-bersatu.html
true
1575416290602252359
UTF-8
Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All ANDA MUNGKIN MEMINATI INI LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS CONTENT IS PREMIUM Please share to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy