Skuad Negara Tewas Lagi

Malaysia kini perlu mengharapkan 'keajaiban' untuk mara ke separuh akhir Sukan SEA 2015 selepas kalah tipis 1-0 kepada juara bertahan, Thailand,

SINGAPURA - Malaysia kini perlu mengharapkan 'keajaiban' untuk mara ke separuh akhir Sukan SEA 2015 selepas kalah tipis 1-0 kepada juara bertahan, Thailand, pada aksi ketiga perlawanan kumpulan B di Stadium Bishan, di sini, hari ini.

Keputusan itu menyaksikan skuad kendalian Datuk Ong Kim Swee itu perlu mengharapkan agar dua pasukan teratas, Vietnam dan Thailand kalah dalam baki dua peringkat kumpulan.

Selain itu, Malaysia 'wajib' menang baki dua perlawanan iaitu menentang Brunei pada Isnin ini dan Laos, tiga hari kemudian sekiranya berhasrat mara ke peringkat separuh akhir edisi ke-28 temasya sukan dwitahunan berkenaan.

Pada aksi hari ini, jaringan kapten Sarach Yooyen pada minit ke-80 telah memperkasakan kedudukan Thailand ke separuh akhir.

Sebelum itu, skuad negara pantas menyerang kubu pasukan Thailand sebaik sahaja pengadil, Ma Ning dari China memulakan perlawanan.

Skuad negara berpeluang membuka tirai jaringan pada minit ke-13, namun kapten pasukan, Gary Steven Robbat gagal menyambar peluang berkenaan apabila sepakan tersasar walaupun hanya berhadapan dengan penjaga gol Thailand, Sae-Ear Chanin.

Kedua-dua pasukan terus saling mengasak kubu masing-masing bagi mencari gol pendahuluan namun ketumpulan penyudah menyaksikan keputusan berkenaan kekal sehingga berakhirnya separuh masa pertama.

Bersambung babak kedua, Thailand ,yang memburu kemenangan ketiga pada kempen Sukan SEA kali ini, meningkatkan tempo permainan bagi mencari gol pendahuluan.

Malaysia berjaya mengimbangi perlawanan menerusi serangan balas pantas dan penyerang, Syahrul Azwari Ibrahim hampir meletakkan skuad negara di hadapan namun sepakan lencongnya pada minit ke-58 berjaya ditampan keluar oleh Chanin.

Bagaimanapun, kelekaan benteng pertahanan negara yang tidak mengawal pergerakan Sarach pada 10 minit terakhir perlawanan membawa padah apabila wira Thailand itu melepaskan sepakan kencang kaki kiri yang tepat ke penjuru kanan gol Malaysia.

Keputusan berkenaan kekal sehingga berakhirnya perlawanan, lapor Astro Awani.

COMMENTS

Name

Advertorial Bisnes Business Dunia Events Featured Food Health Health Tips Homestay Informasi Interests Kerajaan Kerjaya Latest Lifestyle Melaka Menarik MH17 Money Mutakhir Muzium News Politik Relationships & Family Resepi Restoran Semasa Sukan Tempat Menarik Terkini Travel Trending
false
ltr
item
Melaka Post: Skuad Negara Tewas Lagi
Skuad Negara Tewas Lagi
Malaysia kini perlu mengharapkan 'keajaiban' untuk mara ke separuh akhir Sukan SEA 2015 selepas kalah tipis 1-0 kepada juara bertahan, Thailand,
http://3.bp.blogspot.com/-B9B4gi-lbUs/VXEDwLK3cTI/AAAAAAAAB7M/xuJCHlSREpc/s320/malaysia%2Bteam.jpg
http://3.bp.blogspot.com/-B9B4gi-lbUs/VXEDwLK3cTI/AAAAAAAAB7M/xuJCHlSREpc/s72-c/malaysia%2Bteam.jpg
Melaka Post
http://www.melakapost.com/2015/06/skuad-negara-tewas-lagi.html
http://www.melakapost.com/
http://www.melakapost.com/
http://www.melakapost.com/2015/06/skuad-negara-tewas-lagi.html
true
1575416290602252359
UTF-8
Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All ANDA MUNGKIN MEMINATI INI LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS CONTENT IS PREMIUM Please share to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy