Skuad Akuatik Malaysia Terus Tuai Emas

Pasangan Ng Yan Yee-Nur Dhabitah Sabri meraih pingat emas kelima untuk Malaysia melalui acara papan anjal 3m berirama wanita di OCBC Aquatics Centre di sini.

SINGAPURA - Pasangan Ng Yan Yee-Nur Dhabitah Sabri meraih pingat emas kelima untuk Malaysia melalui acara papan anjal 3m berirama wanita di OCBC Aquatics Centre di sini.

Pasangan itu mengumpul 292.62 mata untuk mengatasi pasangan Singapura Ashlee Tan-Fong Kay Yian (242.94) dan pasangan Vietnam Ngo Phuong Mai-Hoang Le Thanh Thuy (227.94).

"Setelah kami digandingkan untuk julung kalinya pada Sukan Komanwel (di Glasgow, Scotland), jurulatih kami melihat wujud keserasian antara kami dan sejak itu, kami terus menjalani latihan bersama untuk acara ini.

"Saya gembira kerana memenangi pingat emas kedua saya pada Sukan SEA, walaupun melalui acara berlainan," kata Nur Dhabitah.

Penerjun berusia 15 tahun itu memenangi pingat emas ketika berpasangan dengan Leong Mun Yee dalam acara platform 10m berirama pada sukan SEA Myanmar 2013.

Ooi Tze Liang pula memenangi pingat emas ketiganya melalui acara platform 10m individu hari ini.

Atlet ini mengumpul 415.50 mata untuk mengatasi rakan sepasukan, Chew Yiwei (393.65) dan penerjun Singapura Jonathan Chan (356.55).

"Saya gembira kerana meraih pingat emas ketiga, walaupun terjunan saya tidak begitu baik. Tiga terjunan pertama ok, tapi terjunan berikutnya tidak begitu stabil.

"Setelah tiga hari bertanding, saya rasa agak letih, tetapi saya akan cuba mempamerkan persembahan terbaik pada pusingan akhir esok," kata penerjun berusia 21 tahun dari Pulau Pinang itu.

Esok, pemenang pingat emas Sukan Komanwel ini akan bersaing dalam acara papan anjal 3m lelaki, lapor Astro Awani.

COMMENTS

Name

Advertorial Bisnes Business Dunia Events Featured Food Health Health Tips Homestay Informasi Interests Kerajaan Kerjaya Latest Lifestyle Melaka Menarik MH17 Money Mutakhir Muzium News Politik Relationships & Family Resepi Restoran Semasa Sukan Tempat Menarik Terkini Travel Trending
false
ltr
item
Melaka Post: Skuad Akuatik Malaysia Terus Tuai Emas
Skuad Akuatik Malaysia Terus Tuai Emas
Pasangan Ng Yan Yee-Nur Dhabitah Sabri meraih pingat emas kelima untuk Malaysia melalui acara papan anjal 3m berirama wanita di OCBC Aquatics Centre di sini.
http://4.bp.blogspot.com/-sdckBeKNnEE/VXZVv2EJDWI/AAAAAAAAB78/x4sez0tYQT8/s320/terjun%2Bsukan%2Bsea%2B28.jpg
http://4.bp.blogspot.com/-sdckBeKNnEE/VXZVv2EJDWI/AAAAAAAAB78/x4sez0tYQT8/s72-c/terjun%2Bsukan%2Bsea%2B28.jpg
Melaka Post
http://www.melakapost.com/2015/06/skuad-akuatik-malaysia-terus-tuai-emas.html
http://www.melakapost.com/
http://www.melakapost.com/
http://www.melakapost.com/2015/06/skuad-akuatik-malaysia-terus-tuai-emas.html
true
1575416290602252359
UTF-8
Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All ANDA MUNGKIN MEMINATI INI LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS CONTENT IS PREMIUM Please share to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy