Saya Tidak Akan Lepaskan Jawatan - Datuk Seri Hishammuddin

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein hari ini menafikan beliau akan melepaskan jawatannya dalam kabinet seperti yang dilaporkan sebuah portal berita.

KUALA LUMPUR - Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein hari ini menafikan beliau akan melepaskan jawatannya dalam kabinet seperti yang dilaporkan sebuah portal berita.

Dalam respons kepada soalan pengikut Twitter beliau @Nessie43: "adakah Datuk Seri akan keluar (daripada kabinet)? Apakah yang akan mereka lakukan tanpa Datuk Seri", Hishammuddin menjawab: "Tidak. saya tidak akan (keluar). Putar belit oleh pihak tidak bertanggungjawab."

Laporan portal berita portal berita yang meramalkan Hishammuddin berkemungkinan melepaskan jawatan beliau dalam kabinet, dipetik oleh akhbar harian berbahasa Inggeris, hari ini.

Selain Hishammuddin, laporan itu turut meramalkan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal mungkin turut meletak jawatannya dalam kabinet.

NST hari ini melaporkan perkara itu timbul berikutan kata dua yang diberi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung isu IMalaysia Development Berhad (1MDB).

Laporan menyebut Hishammuddin tidak hadir dalam mesyuarat mingguan kabinet pada Jumaat lepas ketika Najib dilaporkan memberi kata dua kepada jemaah menteri, meminta mereka melepaskan jawatan sekiranya mereka tidak menyokong beliau berhubung isu 1MDB.

Dalam tweet pada Isnin lepas, Hishammuddin berkata, beliau akan menyokong kata dua itu asalkan ia memenuhi tiga syarat, yang mengetengahkan pentingnya kebertanggungjawaban dan ketelusan dalam menyelesaikan hutang syarikat itu yang berjumlah RM42 bilion.

Menteri pertahanan dalam mesej Twitter pada Isnin, menyatakan: "Setuju, dengan syarat: 1) rasionalisasi 1MDB, 2) kebertanggungjawaban jika ada kesalahan, dan 3) ketelusan (dalam syarat 1 dan 2)."

Sementara itu, dalam sidang media petang ini, Hishammuddin menyelar tindakan sesetengah pihak yang memutar belit kenyataan dan mendakwa beliau akan meletak jawatan kerana tidak berpuas hati dengan isu 1MDB.
    
Mengulangi pendiriannya untuk tidak meletak jawatan dalam Kabinet, Hishammuddin berkata pihak terbabit cuba melaga-lagakan Jemaah Menteri berkaitan isu tersebut namun tidak akan berjaya sama sekali.
    
"Tidak timbul isu letak jawatan. Ada pihak cuba lagakan. Saya percaya ia tidak akan berjaya.
    
"Isu (1MDB) sudah dibincang di peringkat Kabinet. Jadi desas-desus lagakan kami satu perkara yang tidak masuk akal. Ia 'negative spin' untuk tidak mahu kita bergerak sebagai satu pasukan," katanya. - Bernama

COMMENTS

Name

Advertorial Bisnes Business Dunia Events Featured Food Health Health Tips Homestay Informasi Interests Kerajaan Kerjaya Latest Lifestyle Melaka Menarik MH17 Money Mutakhir Muzium News Politik Relationships & Family Resepi Restoran Semasa Sukan Tempat Menarik Terkini Travel Trending
false
ltr
item
Melaka Post: Saya Tidak Akan Lepaskan Jawatan - Datuk Seri Hishammuddin
Saya Tidak Akan Lepaskan Jawatan - Datuk Seri Hishammuddin
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein hari ini menafikan beliau akan melepaskan jawatannya dalam kabinet seperti yang dilaporkan sebuah portal berita.
http://1.bp.blogspot.com/-kvKJB6qP6pA/VXASDFYfjNI/AAAAAAAAB50/GQD7C9voHkk/s320/Hishammuddin.jpg
http://1.bp.blogspot.com/-kvKJB6qP6pA/VXASDFYfjNI/AAAAAAAAB50/GQD7C9voHkk/s72-c/Hishammuddin.jpg
Melaka Post
http://www.melakapost.com/2015/06/saya-tidak-akan-lepaskan-jawatan-datuk.html
http://www.melakapost.com/
http://www.melakapost.com/
http://www.melakapost.com/2015/06/saya-tidak-akan-lepaskan-jawatan-datuk.html
true
1575416290602252359
UTF-8
Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All ANDA MUNGKIN MEMINATI INI LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS CONTENT IS PREMIUM Please share to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy