PAS Akan Hilang Undi Tanpa DAP - Pemerhati Politik

Pemerhati politik berpendapat Pas bakal kehilangan banyak kerusi terutama di kawasan bandar dan pinggir bandar sekiranya meneruskan hasrat untuk memutuskan hubungan dengan DAP.

SHAH ALAM – Pemerhati politik berpendapat Pas bakal kehilangan banyak kerusi terutama di kawasan bandar dan pinggir bandar sekiranya meneruskan hasrat untuk memutuskan hubungan dengan DAP.

Pensyarah Kanan Fakulti Sains Sosial, Universiti Malaysia Sarawak (Unimas), Dr Jeniri Amir berkata, beliau yakin pengundi Cina bakal berpaling tadah dan tidak lagi menyokong Pas apabila parti itu kni dilihat sudah terkeluar daripada landasan perjuangan PR.

“Ini yang saya sebut berkali-kali. Pengundi Cina tidak akan memberi sokongan terhadap Pas kerana Pas sekarang sudah dilihat terkeluar daripada PR dan tergelincir daripada perjuangan PR. Lagipun sokongan yang diberi oleh kaum Cina selama ini terhadap Pas atas dasar Pas itu bekerjasama dengan DAP.

“Untuk apa mereka sokong parti yang nak laksana hudud dan tidak perjuangkan mereka? Mereka bakal memberikan undi kepada sebuah parti yang sesuai dengan pendirian mereka. Maksudnya, Pas bakal kehilangan beberapa kerusi yang selama ini dimenangi atas sokongan pengundi Cina,” katanya kepada Sinar Online.

Namun beliau tidak menolak kemungkinan DAP juga bakal kehilangan kerusi jika kemenangan yang diperoleh atas sokongan pengundi Melayu terutama yang bersama Pas.

“Jika kemenangan itu kemenangan marginal kerana undi Melayu, maka mereka akan juga kehilangan beberapa kerusi. Tapi saya yakin Pas paling banyak menerima kesan berbanding DAP kerana kebanyakan kerusi DAP itu di kawasan yang majoritinya Cina.

“Tanpa DAP, Pas tidak akan ke mana. Kemenangan mereka selama ini bukan kerana parti Pas tapi kerana Pas yang bekerjasama dengan PR, menggunakan nama PR,” katanya.

Pensyarah Kanan Pusat Pengajian Antarabangsa Kolej Undang-undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa, Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof Madya Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani turut senada dan menyifatkan Pas bakal berdepan kesukaran di kawasan bandar.

“Kemungkinan besar ia boleh berlaku. Kerana Pas agak kalah teruk dalam PRU13 di kawasan luar bandar yang dimenangi Umno. Di kawasan bandar mungkin pengundi tidak percaya pada Pas sekiranya berlaku perpecahan ini.

“Mereka mungkin akan mengundi BN kembali sekiranya BN berjaya pulihkan keadaan... kembali kuat. Pas mungkin boleh kuat di luar bandar. Kawasan tumpuan mungkin di Kelantan dan Terengganu. Tapi sokongan yang bukan Islam dan bukan Melayu akan agak menurun. Kawasan yang Pas boleh menang kawasan yang tumpuannya Melayu sahaja. Jika kawasan yang campuran, agak sukar untuk Pas,” katanya.

Namun katanya, DAP juga tidak terkecuali berdepan kehilangan undi daripada bukan Islam yang kecewa melihat perpecahan itu selain kehilangan sokongan daripada pengundi Islam.

“Jika Pas bertanding juga di kawasan bandar secara bersendirian, saya rasa lagi banyak masalah mereka tidak dapat menarik sokongan orang Melayu secara keseluruhan. Pada saya, jika Pas bergerak sendiri... tiada dalam PR, tiada dalam BN, Pas agak lemah sebagai sebuah parti.

“Tapi PR  tanpa Pas juga tidak akan kuat. Saya rasa apabila PR berpecah kali ini, rakyat melihat PR itu bermasalah dan akan ada persepsi. Kemungkinan mereka melihat PR tidak mampu menyelesaikan masalah sendiri, bagaimana nak tadbir negara," katanya, lapor Sinar Harian.

COMMENTS

Name

Advertorial Bisnes Business Dunia Events Featured Food Health Health Tips Homestay Informasi Interests Kerajaan Kerjaya Latest Lifestyle Melaka Menarik MH17 Money Mutakhir Muzium News Politik Relationships & Family Resepi Restoran Semasa Sukan Tempat Menarik Terkini Travel Trending
false
ltr
item
Melaka Post: PAS Akan Hilang Undi Tanpa DAP - Pemerhati Politik
PAS Akan Hilang Undi Tanpa DAP - Pemerhati Politik
Pemerhati politik berpendapat Pas bakal kehilangan banyak kerusi terutama di kawasan bandar dan pinggir bandar sekiranya meneruskan hasrat untuk memutuskan hubungan dengan DAP.
http://3.bp.blogspot.com/-L4XyFYwuZMM/VXox2et7YRI/AAAAAAAAB-0/gQzBCFN9aaM/s320/Jeniri-Amir.png
http://3.bp.blogspot.com/-L4XyFYwuZMM/VXox2et7YRI/AAAAAAAAB-0/gQzBCFN9aaM/s72-c/Jeniri-Amir.png
Melaka Post
http://www.melakapost.com/2015/06/pas-akan-hilang-undi-tanpa-dap.html
http://www.melakapost.com/
http://www.melakapost.com/
http://www.melakapost.com/2015/06/pas-akan-hilang-undi-tanpa-dap.html
true
1575416290602252359
UTF-8
Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All ANDA MUNGKIN MEMINATI INI LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS CONTENT IS PREMIUM Please share to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy