PAS Akan Hilang Undi Jika Putus Dengan DAP - Liew Chin Tong

Pas akan kehilangan sebahagian besar undi bukan Melayu pada Pilihan Raya Umum akan datang jika tetap bertegas untuk memutuskan kerjasama politik dengan DAP.

JOHOR BAHRU – Pas akan kehilangan sebahagian besar undi bukan Melayu pada Pilihan Raya Umum akan datang jika tetap bertegas untuk memutuskan kerjasama politik dengan DAP.

Pengerusi DAP negeri, Liew Chin Tong berkata, Pas tidak boleh menang besar seperti PRU sebelum ini kerana pengundi bukan Melayu tidak lagi akan menyokong parti itu.

“Sekiranya Pas membuat pilihan yang salah, parti itu tidak akan memenangi sokongan rakyat kerana di Johor sendiri dua pertiga kerusi parlimen dan 18 per 26 kerusi Dun adalah kawasan campuran.

“Ini bermakna DAP tidak boleh menang tanpa sokongan Melayu dan begitu juga Pas tidak boleh menang tanpa sokongan bukan Melayu,” katanya di sini, semalam.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Kluang berkata, hakikat dalam PRU, DAP berusaha mendapatkan sokongan Melayu dan Pas pula berusaha mendapatkan sokongan bukan Melayu bagi mencapai misi menawan Putrajaya.

Katanya, sekiranya Pas memilih untuk bersendirian menawan hati pengundi, parti itu tidak akan menang bukan sahaja di Johor, malah seluruh negara kerana majoriti kawasan yang dimenangi adalah kawasan campuran.

“Keputusan itu menampakkan Pas tidak ambil berat usaha PR untuk memenangi kuasa persekutuan dalam usaha merampas Putrajaya pada PRU14 nanti.

“Konflik yang berlaku ini bukan isu baharu, sebaliknya isu yang sekurang-kurangnya 17 tahun lalu, jadi kita kena bersedia dengan penjajaran semula (realignment) yang bakal berlaku,” katanya.

Bagaimanapun, Chin Tong berkata, DAP bersedia menjalin kerjasama dengan mana-mana parti yang berhasrat untuk menumbangkan kerajaan BN pada PRU akan datang selepas usul memutuskan kerjasama dengan DAP pada Muktamar Pas lalu.

Katanya, tiada lagi kerjasama dengan Pas sekiranya Pas tidak bersedia menumbangkan BN, sebaliknya lebih cenderung bersama parti itu untuk memastikan hudud dapat dilaksanakan.

Menurutnya, tindakan Pas bersekongkol dengan BN akan meninggalkan kesan besar kehilangan penyokong kerana wujud sentimen tidak berpuas hati terhadap kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak kini.

“Keputusan kita terpulang kepada Jawatankuasa Pusat DAP, tapi apa yang penting kalau kita tidak lagi bekerjasama dengan Pas, kita bersedia menjalin kerjasama dengan mana-mana parti yang berminat untuk menumbangkan BN," katanya, lapor Sinar Harian.

COMMENTS

Name

Advertorial Bisnes Business Dunia Events Featured Food Health Health Tips Homestay Informasi Interests Kerajaan Kerjaya Latest Lifestyle Melaka Menarik MH17 Money Mutakhir Muzium News Politik Relationships & Family Resepi Restoran Semasa Sukan Tempat Menarik Terkini Travel Trending
false
ltr
item
Melaka Post: PAS Akan Hilang Undi Jika Putus Dengan DAP - Liew Chin Tong
PAS Akan Hilang Undi Jika Putus Dengan DAP - Liew Chin Tong
Pas akan kehilangan sebahagian besar undi bukan Melayu pada Pilihan Raya Umum akan datang jika tetap bertegas untuk memutuskan kerjasama politik dengan DAP.
http://4.bp.blogspot.com/-YcOnubjYr4E/VXfVgSwuPBI/AAAAAAAAB9w/gkD5dw5ubO4/s320/liew-chin-tong.jpg
http://4.bp.blogspot.com/-YcOnubjYr4E/VXfVgSwuPBI/AAAAAAAAB9w/gkD5dw5ubO4/s72-c/liew-chin-tong.jpg
Melaka Post
http://www.melakapost.com/2015/06/pas-akan-hilang-undi-jika-putus-dengan.html
http://www.melakapost.com/
http://www.melakapost.com/
http://www.melakapost.com/2015/06/pas-akan-hilang-undi-jika-putus-dengan.html
true
1575416290602252359
UTF-8
Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All ANDA MUNGKIN MEMINATI INI LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS CONTENT IS PREMIUM Please share to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy