MH17: Pengeluar Misil Tawar Tembak Boeing 777 Untuk Buktikan Rusia Tidak Bersalah

Konglomerat pertahanan Rusia pada Selasa telah menawarkan untuk memperbuat semula insiden nahas pesawat MH17 ditembak jatuh dengan menembak sebuah lagi pesawat Boeing 777 dari udara menggunakan sistem peluru berpandu Buk

MOSCOW - Konglomerat pertahanan Rusia pada Selasa telah menawarkan untuk memperbuat semula insiden nahas pesawat MH17 ditembak jatuh dengan menembak sebuah lagi pesawat Boeing 777 dari udara menggunakan sistem peluru berpandu Buk.

Syarikat pengeluar misil Buk itu, Almaz-Antey percaya demonstrasi tersebut boleh membuktikan Rusia tidak bertanggungjawab di atas insiden penembakan jatuh pesawat berkenaan.

Mereka membuat kesimpulan bahawa pesawat Malaysia Airlines MH17 telah dibedil sebuah peluru berpandu yang lebih tua usianya yang digunakan oleh Ukraine.

Mikhail Malyshevsky, penasihat kepada Pengarah Besar syarikat pembuatan tersebut, berkata dalam satu sidang akhbar bahawa kesimpulan itu dibuat berdasarkan penilaian pada gambar bangkai pesawat yang didedahkan kepada umum, lapor AP.

Malyshevsky berkata lubang-lubang pada beberapa bahagian kapal terbang itu konsisten dengan satu contoh spesifik peluru berpandu Buk dan kepala peledaknya.

Setiap subjenis Buk tersebut dilengkapi kepala peledak dengan serpihan bom dengan bentuk yang khusus.

Variasi peluru berpandu ini hanya terdapat di kem tentera Ukraine, kata Pengarah Almaz Antey, Yan Novikov.

Novikov turut memaklumkan, Ukraine memiliki sejumlah 991 misil seumpamanya pada tahun 2005.

Novikov dipetik The Guardian sebagai berkata Almaz-Antey bersedia untuk memperbuat semula insiden nahas, “walaupun melibatkan kos yang besar”, untuk membuktikannya selain menjemput pemerhati antarabangsa untuk turut mengambil bahagian.

“Mereka mungkin akan membeli sebuah pesawat yang tidak digunakan lagi, terbangkannya menggunakan sistem pandu auto, dan kemudian menembaknya jatuh di tapak ujian ketenteraan,” kata Igor Korotchenko, seorang penganalisis pertahanan Rusia.

“Matlamatnya untuk mendapatkan semua sudut dan menunjukkan kerosakan yang dialami.”

Rusia sebelum ini menafikan mereka adalah punca pesawat malang itu terhempas dan mengorbankan 298 orang pada Julai tahun lalu, lapor AP.

COMMENTS

Name

Advertorial Bisnes Business Dunia Events Featured Food Health Health Tips Homestay Informasi Interests Kerajaan Kerjaya Latest Lifestyle Melaka Menarik MH17 Money Mutakhir Muzium News Politik Relationships & Family Resepi Restoran Semasa Sukan Tempat Menarik Terkini Travel Trending
false
ltr
item
Melaka Post: MH17: Pengeluar Misil Tawar Tembak Boeing 777 Untuk Buktikan Rusia Tidak Bersalah
MH17: Pengeluar Misil Tawar Tembak Boeing 777 Untuk Buktikan Rusia Tidak Bersalah
Konglomerat pertahanan Rusia pada Selasa telah menawarkan untuk memperbuat semula insiden nahas pesawat MH17 ditembak jatuh dengan menembak sebuah lagi pesawat Boeing 777 dari udara menggunakan sistem peluru berpandu Buk
http://4.bp.blogspot.com/-wRQ7XQajQ_A/VW_N1ykGVFI/AAAAAAAAB5M/wKM8pAmEVts/s320/mh17.jpg
http://4.bp.blogspot.com/-wRQ7XQajQ_A/VW_N1ykGVFI/AAAAAAAAB5M/wKM8pAmEVts/s72-c/mh17.jpg
Melaka Post
http://www.melakapost.com/2015/06/mh17-pengeluar-misil-tawar-tembak.html
http://www.melakapost.com/
http://www.melakapost.com/
http://www.melakapost.com/2015/06/mh17-pengeluar-misil-tawar-tembak.html
true
1575416290602252359
UTF-8
Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All ANDA MUNGKIN MEMINATI INI LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS CONTENT IS PREMIUM Please share to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy