DAP yang celupar, kata PAS Selangor

DAP lah yang memulakan kekeruhan ini apabila menunjukkan segala penentangan terhadap prinsip dasar Pas dalam isu Enakmen Kanun Jenayah Syariah II Kelantan secara terbuka,

SHAH ALAM –  DAP lah yang memulakan kekeruhan ini apabila menunjukkan segala penentangan terhadap prinsip dasar Pas dalam isu Enakmen Kanun Jenayah Syariah II Kelantan secara terbuka, selain melakukan serangan bertubi-tubi terhadap Presiden Pas, kata Setiausaha Dewan Ulama Pas Selangor, Muhammad Najhan Halim.

Malah dakwanya, DAP juga tidak beradab kerana mencampuri pemilihan Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, baru-baru ini.

“Usul ini tiada berkepentingan yang lain melainkan melihat masa depan survival perjuangan Islam dan Pas sebagai satu amanah agama ke atas orang Islam yang mungkin tidak difahami oleh sebahagian masyarakat bahkan mungkin sebahagian kecil ahli Pas sendiri terkeliru.

“Usul ini juga sudah tentu menimbulkan reaksi daripada pihak DAP yang sepatutnya mampu menjangkakan bahawa dengan beberapa bilangan tindakan mereka sebelum ini adalah provokasi negatif terhadap Pas sehingga timbulnya usul ini,” katanya menerusi sebuah kenyataan hari ini.

Sehubungan itu katanya, DAP wajar menoleh ke belakang untuk melihat keceluparan tindakan dan sikap mereka yang telah mencalarkan persepakatan bersama dalam PR.

Malah, Muhammad Najhan dalam kenyataan sama menyifatkan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng sebagai pemimpin yang tidak profesional berikutan tindakan Ketua Menteri Pulau Pinang itu yang meminta kesemua ahli Pas yang memegang jawatan di Pulau Pinang meletakkan jawatan masing-masing

“Guang Eng menunjukkan amarahnya apabila meminta kesemua ahli Pas yang memegang jawatan di Pulau Pinang meletak jawatan masing-masing dengan serta merta atas alasan kerajaan Pulau Pinang dipimpin oleh DAP.

“Lupakah Lim Guang Eng kerajaan DAP adalah dimenangi secara bersama dalam PR dan kerajaan itu adalah kerajaan bersama? Adakah DAP sudah lupa identiti dirinya sendiri yang pernah mendakwa diri mereka sebagai perjuang demokrasi dalam negara ini?,” soalnya, dipetik dari Sinar Harian.

COMMENTS

Name

Advertorial Bisnes Business Dunia Events Featured Food Health Health Tips Homestay Informasi Interests Kerajaan Kerjaya Latest Lifestyle Melaka Menarik MH17 Money Mutakhir Muzium News Politik Relationships & Family Resepi Restoran Semasa Sukan Tempat Menarik Terkini Travel Trending
false
ltr
item
Melaka Post: DAP yang celupar, kata PAS Selangor
DAP yang celupar, kata PAS Selangor
DAP lah yang memulakan kekeruhan ini apabila menunjukkan segala penentangan terhadap prinsip dasar Pas dalam isu Enakmen Kanun Jenayah Syariah II Kelantan secara terbuka,
http://1.bp.blogspot.com/-vpDAMesi7gU/VXjkdvvR1cI/AAAAAAAAB-c/Z9J3vJmCmGI/s320/Muhammad-Najhan-Halim.jpg
http://1.bp.blogspot.com/-vpDAMesi7gU/VXjkdvvR1cI/AAAAAAAAB-c/Z9J3vJmCmGI/s72-c/Muhammad-Najhan-Halim.jpg
Melaka Post
http://www.melakapost.com/2015/06/dap-yang-celupar-kata-pas-selangor.html
http://www.melakapost.com/
http://www.melakapost.com/
http://www.melakapost.com/2015/06/dap-yang-celupar-kata-pas-selangor.html
true
1575416290602252359
UTF-8
Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All ANDA MUNGKIN MEMINATI INI LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS CONTENT IS PREMIUM Please share to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy