Bakal Ada Rombakan Pemain - Ong Kim Swee

Datuk Ong Kim Swee memberi bayangan bakal membuat rombakan pemain besar-besaran dalam aksi genting berdepan juara bertahan, Thailand aksi ketiga Kumpulan B Sukan Sea 2015 di Stadium Bishan, hari ini.

SINGAPURA - Ketua jurulatih skuad bawah 23 (B-23) negara, Datuk Ong Kim Swee memberi bayangan bakal membuat rombakan pemain besar-besaran dalam aksi genting berdepan juara bertahan, Thailand  aksi ketiga Kumpulan B Sukan Sea 2015 di Stadium Bishan, hari ini.

Beliau berkata, perubahan pemain penting dalam mengekang jentera serangan berbahaya skuad Gajah Perang itu yang turut diperkuatkan pemain terbaik Piala AFF Suzuki 2014, Chanatip Songkrasin yang mendapat jolokan Messi Jay kerana memiliki pergerakan lincah.

“...Yang mustahak di sini, kita harus berwaspada dengan setiap gerakan mereka (Thailand) dan pada masa sama, kita perlu tahu, kita perlu menang,” katanya ketika ditemui pada sesi latihan skuad B-23 negara di Padang Politeknik Nanyang di sini, semalam.

“Jadi, kita perlu memikirkan cara atau corak serangan kita selain memikirkan kesemua (pemain) pasukan Thailand,” jelas pengendali berusia 44 tahun itu.

Pada masa sama, Kim Swee turut meminta pemainnya supaya mengenepikan beberapa faktor sampingan pada pertemuan genting itu, termasuk keadaan cuaca panas terik kerana perlawanan berdepan Thailand itu bakal berlangsung pada sebelah petang.

“Apabila kita turun esok, sudah tentu aspek taktikal memainkan peranan, namun akhirnya bagi saya, mentaliti pemain.

“Jika kita inginkan keputusan positif, sudah tentu kita tidak boleh fikirkan cuaca, kepenatan...kita harus tolak ke tepi perkara yang akan memberi kesan negatif kepada pasukan,” kata Kim Swee yang membimbing pasukan Malaysia muncul juara edisi 2011 di Palembang, Indonesia, dipetik dari Sinar Harian.

COMMENTS

Name

Advertorial Bisnes Business Dunia Events Featured Food Health Health Tips Homestay Informasi Interests Kerajaan Kerjaya Latest Lifestyle Melaka Menarik MH17 Money Mutakhir Muzium News Politik Relationships & Family Resepi Restoran Semasa Sukan Tempat Menarik Terkini Travel Trending
false
ltr
item
Melaka Post: Bakal Ada Rombakan Pemain - Ong Kim Swee
Bakal Ada Rombakan Pemain - Ong Kim Swee
Datuk Ong Kim Swee memberi bayangan bakal membuat rombakan pemain besar-besaran dalam aksi genting berdepan juara bertahan, Thailand aksi ketiga Kumpulan B Sukan Sea 2015 di Stadium Bishan, hari ini.
http://4.bp.blogspot.com/-JZ0o0uLYlIs/VW_MSrkdK7I/AAAAAAAAB5A/eqFgYJlI0MA/s320/ong%2Bkim%2Bswee.jpg
http://4.bp.blogspot.com/-JZ0o0uLYlIs/VW_MSrkdK7I/AAAAAAAAB5A/eqFgYJlI0MA/s72-c/ong%2Bkim%2Bswee.jpg
Melaka Post
http://www.melakapost.com/2015/06/bakal-ada-rombakan-pemain-ong-kim-swee.html
http://www.melakapost.com/
http://www.melakapost.com/
http://www.melakapost.com/2015/06/bakal-ada-rombakan-pemain-ong-kim-swee.html
true
1575416290602252359
UTF-8
Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All ANDA MUNGKIN MEMINATI INI LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS CONTENT IS PREMIUM Please share to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy