Badminton Wanita Ke Final Sukan SEA 28 Singapura

Skuad badminton wanita layak ke final acara berpasukan pada Sukan SEA ke-28 selepas memusnahkan harapan Indonesia 3-1

SINGAPURA: Skuad badminton wanita layak ke final acara berpasukan pada Sukan SEA ke-28 selepas memusnahkan harapan Indonesia 3-1 pada saingan separuh akhir di Stadium Tertutup Singapura, hari ini.

Bagaimanapun, Indonesia memberi amaran awal dengan mengutip mata pembukaan menerusi acara perseorangan apabila Lindaweni Fanetri dengan mudah menewaskan Tee Jing Yi dalam straight set 21-12 dan 21-10.

Malah kemenangan Indonesia itu tidak melunturkan semangat pemain negara apabila beregu utama negara, Vivian Kah Mun dan Hoo Mun Khe Wei menyamakan kedudukan 1-1 selepas mengalahkan gandingan Awanda Anggia/Mahadewi Ni Ketut 21-18, 19-21 dan 21-6.

Seorang lagi perseorangan wanita, Ho Yen Mei berjaya meletakkan di hadapan dengan 2-1 selepas menewaskan Hanna Ramadini 21-19, 11-21, 21-19.

Amelia Alicia Anscelly dan Soong Fie Cho mengesahkan kemenangan pasukan apabila menewaskan gandingan Andini Suci Riski/Maretha Dea Giovani 15-21, 21-19 dan 21-13 dalam satu lagi saingan beregu.

"Pada set pertama kami kalah, sebab saya terlalu gementar sebab saya terlalu mahu menang. Terima kasih kepada Fie Cho yang menenangkan saya. Selepas itu saya lebih yakin dan kami berjaya menang dua set seterusnya," kata Amelia.

Namun laluan pasukan wanita negara menempuh laluan sukar apabila bertemu Thailand pada final esok.

Thailand berkelebihan apabila mempunyai satu pasukan yang kuat terutamanya dengan mempertaruhkan Ratchanok Intanon iaitu pemain nombor enam dunia serta Busanan Ongbumrungpan, pemain nombor 18 dunia.

Pasukan itu juga mempunyai beregu nombor 13 dunia iaitu Puttita Supajirakul/Sapsiree Taerattanachai. 

"Pasukan akan jumpa Thailand di final, kami masih turun sebagai 'underdog team' (bukan pilihan) kami akan bermain habis-habisan esok," kata Amelia.

Thailand mudah mara ke final selepas menewaskan pasukan tuan rumah, Singapura 3-0 dalam satu lagi perlawanan separuh akhir.

Kali terakhir skuad wanita negara meraih pingat emas ialah pada Sukan SEA di Laos pada 2009 selepas menewaskan Indonesia.

Namun pasukan wanita negara gagal mempertahankan kejuaraan itu pada Sukan SEA berikutnya di Indonesia apabila sekadar meraih pingat gangsa, sementara acara berpasukan tidak dipertandingkan pada Sukan SEA Myanmar dua tahun lepas, lapor Astro Awani.

COMMENTS

Name

Advertorial Bisnes Business Dunia Events Featured Food Health Health Tips Homestay Informasi Interests Kerajaan Kerjaya Latest Lifestyle Melaka Menarik MH17 Money Mutakhir Muzium News Politik Relationships & Family Resepi Restoran Semasa Sukan Tempat Menarik Terkini Travel Trending
false
ltr
item
Melaka Post: Badminton Wanita Ke Final Sukan SEA 28 Singapura
Badminton Wanita Ke Final Sukan SEA 28 Singapura
Skuad badminton wanita layak ke final acara berpasukan pada Sukan SEA ke-28 selepas memusnahkan harapan Indonesia 3-1
http://2.bp.blogspot.com/-UprrVD1MrrY/VXo3HNvxJqI/AAAAAAAAB_E/w4NngFUXgCI/s320/women%2Bbadminton.jpg
http://2.bp.blogspot.com/-UprrVD1MrrY/VXo3HNvxJqI/AAAAAAAAB_E/w4NngFUXgCI/s72-c/women%2Bbadminton.jpg
Melaka Post
http://www.melakapost.com/2015/06/badminton-wanita-ke-final-sukan-sea-28.html
http://www.melakapost.com/
http://www.melakapost.com/
http://www.melakapost.com/2015/06/badminton-wanita-ke-final-sukan-sea-28.html
true
1575416290602252359
UTF-8
Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All ANDA MUNGKIN MEMINATI INI LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS CONTENT IS PREMIUM Please share to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy