Alat Pengesan Gempa Bumi Ditambah di Sabah

Tiga lagi alat pengesan gegaran gempa bumi jenis pergerakan kecil telah ditambah di Sabah yang dijangka akan mula beroperasi menjelang September

KUALA LUMPUR - Tiga lagi alat pengesan gegaran gempa bumi jenis pergerakan kecil telah ditambah di Sabah yang dijangka akan mula beroperasi menjelang September.
   
Pengarah Pusat Gempa dan Tsunami Jabatan Meteorologi Malaysia (MET), Dr Wan Azli Wan Hassan berkata tiga kawasan yang terlibat dalam pemasangan alat pengesan gegaran gempa bumi itu adalah Ranau, Semporna dan Lembah Danum.

"Sebelum ini, hanya enam buah alat pengesan gegaran gempa bumi yang beroperasi di Sabah iaitu di Kota Kinabalu, Sandakan, Kudat, Beluran, Tawau dan Lahad Datu," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini.
   
Katanya setakat ini sebanyak 17 alat pengesan gempa bumi sedang beroperasi di seluruh negara dan tambahan 20 alat itu sedang dalam proses pemasangan.
   
Katanya daripada jumlah 20 alat pengesan gegaran gempa bumi yang sedang dipasang, lapan daripadanya merupakan jenis 'pergerakan kecil' manakala 12 lagi jenis 'pergerakan kuat'.
  
"Alat jenis 'pergerakan kecil' ini mampu mengesan ombak seismik gempa bumi yang berlaku di seluruh dunia, misalnya alat yang dipasang di Semenanjung boleh mengesan ombak seismik di Sabah.
   
"'Pergerakan kuat hanya mampu mengesan gegaran dan pergerakan tanah dan tidak mampu untuk mengesan ombak seismi," katanya.
   
Dr Wan Azli menjelaskan bahawa kedua-dua jenis alat pengesan gegaran itu mampu menghantar data pergerakan tanah dan ombak seismik dalam masa tidak kurang 10 minit sebaik sahaja berlakunya gempa bumi ke pusat pengumpulan maklumat yang beroperasi di Petaling Jaya dan Kota Kinabalu.
   
"Mengikut SOP, dalam masa 10 minit alat itu akan mengeluarkan laporan awal  kepada pusat selepas kejadian gempa dan kami akan menerima data itu bagi mengesan kawasan yang mengalami gempa bumi ataupun Tsunami serta kekuatan skala richternya," katanya.
   
Beliau berkata kos keseluruhan bagi penambahan sebanyak 20 alat pengesan itu  bernilai hampir RM9 juta.
   
Dr Wan Azli berkata, buat masa sekarang masih tiada lagi alat berteknologi tinggi yang secara tepat mampu mengesan tanda-tanda awal kejadian gempa bumi.
   
"Namun, kami mempunyai alat untuk mengeluarkan amaran awal Tsunami," katanya.
   
Sementara itu, Timbalan Pengarah Operasi Jabatan Mineral dan Geosains Mior Sallehuddin Mior Jadid berkata pihaknya telah bekerjasama dengan agensi geologi di Indonesia bagi mendapatkan bantuan kepakaran berhubung kejadian gempa bumi.
   
Jelasnya kerjasama dengan pakar negara jiran itu dilaksanakan bagi mendapatkan bantuan maklumat dari Indonesia, negara yang sudah biasa menghadapi kejadian gempa bumi sebelum ini.
   
Beliau berkata, Jabatan Mineral dan Geosains juga bercadang untuk melaksanakan kajian berterusan mengenai gempa bumi yang bukan sahaja tertumpu kepada kawasan Sabah malah turut melibatkan Sarawak dan Semenanjung Malaysia.
   
"Kami memang sudah ada cadangan untuk mengadakan kajian sesar aktif dan risiko gempa bumi sebelum ini. Ia bukan hanya melibatkan kawasan Ranau malah Lahad Datu serta di beberapa kawasan Sarawak dan Semenanjung Malaysia.
   
"Ia merupakan kajian jangka panjang tapi buat masa sekarang ini kami masih menilai dahulu keadaan di Gunung Kinabalu kerana apabila berlaku gempa bumi, terdapat banyak lunsuran tanah dan batuan yang runtuh," katanya yang memaklumkan dua pakar dari Jabatan Mineral dan Geosains dihantar ke Sabah untuk mengkaji keadaan di Gunung Kinabalu itu. - Bernama

COMMENTS

Name

Advertorial Bisnes Business Dunia Events Featured Food Health Health Tips Homestay Informasi Interests Kerajaan Kerjaya Latest Lifestyle Melaka Menarik MH17 Money Mutakhir Muzium News Politik Relationships & Family Resepi Restoran Semasa Sukan Tempat Menarik Terkini Travel Trending
false
ltr
item
Melaka Post: Alat Pengesan Gempa Bumi Ditambah di Sabah
Alat Pengesan Gempa Bumi Ditambah di Sabah
Tiga lagi alat pengesan gegaran gempa bumi jenis pergerakan kecil telah ditambah di Sabah yang dijangka akan mula beroperasi menjelang September
http://3.bp.blogspot.com/-9fCt3q2qzTs/VXcHGvskBoI/AAAAAAAAB84/-6S3y5iOA3Q/s320/gempa.jpg
http://3.bp.blogspot.com/-9fCt3q2qzTs/VXcHGvskBoI/AAAAAAAAB84/-6S3y5iOA3Q/s72-c/gempa.jpg
Melaka Post
http://www.melakapost.com/2015/06/alat-pengesan-gempa-bumi-ditambah-di.html
http://www.melakapost.com/
http://www.melakapost.com/
http://www.melakapost.com/2015/06/alat-pengesan-gempa-bumi-ditambah-di.html
true
1575416290602252359
UTF-8
Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All ANDA MUNGKIN MEMINATI INI LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS CONTENT IS PREMIUM Please share to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy