TNB Tanggung Kerugian Kes Curi Elektrik

Tenaga Nasional Berhad (TNB) terpaksa menanggung kerugian apabila tidak kurang 50 kes kecurian bekalan tenaga elektrik di negeri ini direkodkan sepanjang tahun lalu.

MELAKA - Tenaga Nasional Berhad (TNB) terpaksa menanggung kerugian apabila tidak kurang 50 kes kecurian bekalan tenaga elektrik di negeri ini direkodkan sepanjang tahun lalu.

Pengurus Besar TNB Melaka, Datuk Baderulsham Saad berkata, pada tahun ini pula, sepanjang Januari hingga Mac lalu, pihaknya merekodkan hampir 30 kes kecurian dilakukan individu dan premis perniagaan.

Beliau berkata, kesemua kes tersebut kini dalam siasatan, manakala beberapa daripadanya sudah dibawa ke peringkat pendakwaan di mahkamah.

“Masih terdapat pengguna sengaja mencuri dengan melakukan pintasan pemasangan meter TNB.

“Tidak kurang 30 surat kita sudah hantar kepada individu dan syarikat yang terlibat bagi menuntut pembayaran kerugian ditanggung TNB,” katanya.

Menurutnya, kesalahan mencuri bekalan elektrik boleh disabit di bawah Akta Bekalan Elektrik 1990 yang boleh membawa hukuman RM100,000 dan penjara tiga tahun, atau kedua-duanya sekali.

"Menerusi pasukan terlatih, pemantauan dan proses siasatan akan dilakukan khususnya selepas menerima maklumat orang awam berkaitan kecurian bekalan tenaga," katanya kepada media pada majlis sumbangan kepada Sekolah Kebangsaan (SK) Jalan Datuk Palembang di Bukit Baru, di sini, semalam.



Sumbangan sebanyak RM10,000 itu bagi membolehkan pelajar sekolah terbabit mengadakan persembahan tarian sempena Festival Hari Kanak-kanak di Turki, penghujung April ini.

Dalam perkembangan lain,  Baderulsham berkata, pihaknya sedang memperluaskan kempen kesedaran keselamatan tenaga elektrik di seluruh sekolah di negeri ini dalam usaha memberi pendedahan kepada murid-murid.

“TNB mahu mendedahkan kepada pelajar-pelajar mengenai cara penggunaan elektrik yang betul, khususnya dari segi keselamatan pengguna,” katanya, lapor Sinar Harian.

COMMENTS

Name

Advertorial Bisnes Business Dunia Events Featured Food Health Health Tips Homestay Informasi Interests Kerajaan Kerjaya Latest Lifestyle Melaka Menarik MH17 Money Mutakhir Muzium News Politik Relationships & Family Resepi Restoran Semasa Sukan Tempat Menarik Terkini Travel Trending
false
ltr
item
Melaka Post: TNB Tanggung Kerugian Kes Curi Elektrik
TNB Tanggung Kerugian Kes Curi Elektrik
Tenaga Nasional Berhad (TNB) terpaksa menanggung kerugian apabila tidak kurang 50 kes kecurian bekalan tenaga elektrik di negeri ini direkodkan sepanjang tahun lalu.
http://1.bp.blogspot.com/-iI7HxjM4tLQ/VSeMJBiZGTI/AAAAAAAABuw/e2rCi2u_hSw/s1600/curi%2Beletrik.jpg
http://1.bp.blogspot.com/-iI7HxjM4tLQ/VSeMJBiZGTI/AAAAAAAABuw/e2rCi2u_hSw/s72-c/curi%2Beletrik.jpg
Melaka Post
http://www.melakapost.com/2015/04/tnb-tanggung-kerugian-kes-curi-elektrik.html
http://www.melakapost.com/
http://www.melakapost.com/
http://www.melakapost.com/2015/04/tnb-tanggung-kerugian-kes-curi-elektrik.html
true
1575416290602252359
UTF-8
Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All ANDA MUNGKIN MEMINATI INI LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS CONTENT IS PREMIUM Please share to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy