Tiada Komplot Tukar PM dan TPM - BNBBC

Tidak wujud sebarang gerakan di kalangan ahli UMNO untuk menukar presiden dan timbalan presiden parti itu,

KUALA LUMPUR - Tidak wujud sebarang gerakan di kalangan ahli UMNO untuk menukar presiden dan timbalan presiden parti itu, kata ahli parlimen Johor Bahru, Tan Sri Shahrir Samad.

Shahrir berkata, dakwaan terdapat usaha untuk mengubah pucuk pimpinan parti dan kerajaan hanyalah spekulasi semata-mata.

“Saya tidak dengar mengenai perkara ini. Ini semua rekaan orang yang hendak keadaan tenang, dikecohkan.

“Pada saya, tiada pihak mahu sama ada Najib diturunkan, sementara Muhyiddin dinaikkan,” Kata Shahrir.

Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Barisan Nasional (BNBBC) itu berkata demikian ketika diminta mengulas dakwaan kononnya UMNO mengambil ketetapan meminta pemimpin tertinggi parti melepaskan kesemua jawatan di dalam parti dan Kerajaan.

Katanya, dakwaan itu timbul disebabkan kebebasan berfikir dimiliki semua pihak sehingga meramalkan pelbagai perkara termasuklah mengenai BN dan UMNO.

“Kita tidak boleh menyekat (mereka) daripada meramal atau membuatkan pelbagai andaian (kononnya hendak turunkan Najib dan naikkan Muhyiddin, dan kini ada pula hendak turunkan Muhyiddin).

“Inilah Malaysia, pelbagai cerita direka. Jadi kita tidak boleh larang cerita itu ini,” katanya lagi.


Mengulas kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak dan Tan Sri Muhyiddin Yassin, Shahrir berkata BNBBC berpuashati dengan prestasi dua pemimpin tersebut.

“Kami berpuas hati dengan sikap keterbukaan kerajaan di bawah pimpinan Perdana Menteri bukan sahaja memperkasakan institusi Parlimen, malah memantapkan peranan Ahli-ahli Parlimen, khususnya daripada Barisan Nasional (BN).

“Ahli-ahli Parlimen BN ketika ini lebih banyak diberi peluang memainkan tanggungjawab masing-masing dalam mengutarakan pandangan dan memberi nasihat ke atas sesuatu dasar yang hendak dilakukan kerajaan,” katanya, lapor Sinar Harian.

COMMENTS

Name

Advertorial Bisnes Business Dunia Events Featured Food Health Health Tips Homestay Informasi Interests Kerajaan Kerjaya Latest Lifestyle Melaka Menarik MH17 Money Mutakhir Muzium News Politik Relationships & Family Resepi Restoran Semasa Sukan Tempat Menarik Terkini Travel Trending
false
ltr
item
Melaka Post: Tiada Komplot Tukar PM dan TPM - BNBBC
Tiada Komplot Tukar PM dan TPM - BNBBC
Tidak wujud sebarang gerakan di kalangan ahli UMNO untuk menukar presiden dan timbalan presiden parti itu,
http://2.bp.blogspot.com/-sphSXvQDKjs/VStXtZIgQ3I/AAAAAAAABvs/J4mGRy9PxiE/s1600/shahrir.jpg
http://2.bp.blogspot.com/-sphSXvQDKjs/VStXtZIgQ3I/AAAAAAAABvs/J4mGRy9PxiE/s72-c/shahrir.jpg
Melaka Post
http://www.melakapost.com/2015/04/tiada-komplot-tukar-pm-dan-tpm-bnbbc.html
http://www.melakapost.com/
http://www.melakapost.com/
http://www.melakapost.com/2015/04/tiada-komplot-tukar-pm-dan-tpm-bnbbc.html
true
1575416290602252359
UTF-8
Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All ANDA MUNGKIN MEMINATI INI LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS CONTENT IS PREMIUM Please share to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy