PRK Parlimen Permatang Pauh Ditetapkan Pada 7 Mei 2015

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 7 Mei ini sebagai hari pengundian bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen P.044 Permatang Pauh, Pulau Pinang.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 7 Mei ini sebagai hari pengundian bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen P.044 Permatang Pauh, Pulau Pinang.

Hari penamaan calon pula ditetapkan pada 25 April ini sementara pengundian awal akan diadakan pada 3 Mei ini.


Pengumuman ketiga-tiga tarikh itu dimaklumkan Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Yusof selepas mempengerusikan mesyuarat khas bagi menetapkan tarikh dan persiapan PRK Parlimen P.044 Permatang Pauh.

Pada 1 April lalu, SPR telah menerima pemakluman rasmi daripada Speaker Dewan Rakyat berhubung kekosongan kerusi Bahagian Pilihan Raya Parlimen Permatang Pauh.

Ini berikutan penyandangnya Ahli Dewan Rakyat, Yang Berhormat Datuk Seri Anwar Ibrahim telah hilang kelayakan sebagai Ahli Parlimen setelah Lembaga Pengampunan menolak petisyen pengampunan beliau.

Sehubungan dengan itu, selaras dengan Artikel 54 (1) Perlembagaan Persekutuan telah wujud kekosongan luar jangka dan bagi mengisi kekosongan kerusi P.044 Permatang Pauh itu.


Sementara itu, bagi PRK Rompin pula, Abdul Aziz tidak menolak kemungkinan bahawa ia mungkin akan berjalan serentak dengan PRK Permatang Pauh.

"Namun, perkara ini akan dibincangkan pada mesyuarat khas nanti," tambah Abdul Aziz.

Kerusi Parlimen Rompin kosong selepas penyandangnya Tan Sri Jamaluddin Jarjis meninggal dunia kerana terlibat dalam nahas helikopter di Semenyih minggu lepas, lapor Astro Awani.
Name

Advertorial Bisnes Business Dunia Events Featured Food Health Health Tips Homestay Informasi Interests Kerajaan Kerjaya Latest Lifestyle Melaka Menarik MH17 Money Mutakhir Muzium News Politik Relationships & Family Resepi Restoran Semasa Sukan Tempat Menarik Terkini Travel Trending
false
ltr
item
Melaka Post: PRK Parlimen Permatang Pauh Ditetapkan Pada 7 Mei 2015
PRK Parlimen Permatang Pauh Ditetapkan Pada 7 Mei 2015
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 7 Mei ini sebagai hari pengundian bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen P.044 Permatang Pauh, Pulau Pinang.
http://3.bp.blogspot.com/-Z4Dk41lToDg/VSTgjGEWDYI/AAAAAAAABrQ/SN815GlHq_4/s1600/prk%2Bpermatang%2Bpauh.jpg
http://3.bp.blogspot.com/-Z4Dk41lToDg/VSTgjGEWDYI/AAAAAAAABrQ/SN815GlHq_4/s72-c/prk%2Bpermatang%2Bpauh.jpg
Melaka Post
http://www.melakapost.com/2015/04/prk-parlimen-permatang-pauh-ditetapkan.html
http://www.melakapost.com/
http://www.melakapost.com/
http://www.melakapost.com/2015/04/prk-parlimen-permatang-pauh-ditetapkan.html
true
1575416290602252359
UTF-8
Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All ANDA MUNGKIN MEMINATI INI LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS CONTENT IS PREMIUM Please share to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy