Polis Nepal Terus Operasi Kesan Pendaki Malaysia Hilang

Sekumpulan 15 anggota polis Nepal meneruskan operasi pencarian pendaki amatur Malaysia, Dennis Lee Thian Poh, yang dilaporkan hilang ketika merentas laluan Pokhara-Mustang di Barat Nepal, Ahad lepas.

KUALA LUMPUR - Sekumpulan 15 anggota polis Nepal meneruskan operasi pencarian pendaki amatur Malaysia, Dennis Lee Thian Poh, yang dilaporkan hilang ketika merentas laluan Pokhara-Mustang di Barat Nepal, Ahad lepas.
   
Kaunselor/Kuasa Usaha Sementara Kedutaan Besar Malaysia di Kathmandu, Fadli Adilah berkata kumpulan operasi pencarian itu turut melibatkan penduduk kampung dan tiga anjing pengesan.
   
Katanya isteri Lee, Jennifer E Peters-Lee telah tiba ke lokasi kejadian pada pagi tadi dengan menaiki helikopter persendirian yang bertolak pagi semalam.
   
"Puan Jennifer juga telah membuat perancangan sendiri atau tambahan dengan mengambil perkhidmatan syarikat pengesan swasta, yang mempunyai anjing pengesan terlatih, sejak ketibaan beliau di Pokhara semalam," katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.
   
Fadli berkata risalah-risalah pemakluman tentang kehilangan Lee juga mula diedarkan pagi ini di sekitar kawasan lokasi kejadian.

"Ia diedarkan dengan harapan penduduk kampung di sekitar kawasan itu dan juga mungkin delegasi pendaki lain yang melalui kawasan berkenaan, akan dapat membantu pencarian dengan lebih berkesan," katanya.



Katanya pihaknya akan terus berhubung dengan pihak polis Nepal di Kathmandu dan di Pokhara bagi memantau dan memastikan agar pihak polis Nepal keseluruhannya terus memberikan kerjasama dan bantuan pencarian, selain oleh pihak syarikat, agensi swasta ataupun kumpulan pendaki yang berkaitan.
   
Lee, 48, ahli perniagaan di sini, menyertai sekumpulan lapan rakannya dari Filipina mendaki litar Annapurna di Nepal.
       
Sebelum ini, beliau sering merentas hutan-hutan Malaysia dan pernah mendaki Gunung Kinabalu baru-baru ini.
       
Kumpulan itu menyedari kehilangan Lee di Trek Khopra Danda di kawasan Ghorepani pada Ahad, iaitu hari pertama mereka mendaki litar itu pada kira-kira 3 petang waktu tempatan. - Bernama

COMMENTS

Name

Advertorial Bisnes Business Dunia Events Featured Food Health Health Tips Homestay Informasi Interests Kerajaan Kerjaya Latest Lifestyle Melaka Menarik MH17 Money Mutakhir Muzium News Politik Relationships & Family Resepi Restoran Semasa Sukan Tempat Menarik Terkini Travel Trending
false
ltr
item
Melaka Post: Polis Nepal Terus Operasi Kesan Pendaki Malaysia Hilang
Polis Nepal Terus Operasi Kesan Pendaki Malaysia Hilang
Sekumpulan 15 anggota polis Nepal meneruskan operasi pencarian pendaki amatur Malaysia, Dennis Lee Thian Poh, yang dilaporkan hilang ketika merentas laluan Pokhara-Mustang di Barat Nepal, Ahad lepas.
http://1.bp.blogspot.com/-lQXDyl63WxM/VSeTMtFbPnI/AAAAAAAABvA/Fe5BVaotDx0/s1600/pendaki%2Bmalaysia%2Bhilang.jpg
http://1.bp.blogspot.com/-lQXDyl63WxM/VSeTMtFbPnI/AAAAAAAABvA/Fe5BVaotDx0/s72-c/pendaki%2Bmalaysia%2Bhilang.jpg
Melaka Post
http://www.melakapost.com/2015/04/polis-nepal-terus-operasi-kesan-pendaki.html
http://www.melakapost.com/
http://www.melakapost.com/
http://www.melakapost.com/2015/04/polis-nepal-terus-operasi-kesan-pendaki.html
true
1575416290602252359
UTF-8
Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All ANDA MUNGKIN MEMINATI INI LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS CONTENT IS PREMIUM Please share to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy