Pindaan Akta Hasutan Dilulus Selepas 14 Jam Dibahas

Pindaan Akta Hasutan 1948 yang diluluskan dengan pindaan, mula dibahaskan pada 11.30 pagi Khamis, sebelum diluluskan pada 2.30 pagi ini berdasarkan undian suara.

KUALA LUMPUR - Perbahasan terhadap pindaan Akta Hasutan 1948, mencipta rekod apabila diluluskan selepas kira-kira 14 jam dibahaskan di peringkat dasar dan jawatankuasa.

Pindaan Akta Hasutan 1948 yang diluluskan dengan pindaan, mula dibahaskan pada 11.30 pagi Khamis, sebelum diluluskan pada 2.30 pagi ini berdasarkan undian suara.

Antara isu utama yang hangat diperdebatkan anggota Parlimen termasuk kekhuatiran akta itu menjurus kepada penyalahgunaan kuasa susulan definisi 'kecenderungan menghasut' dalam rang undang-undang itu, yang disifatkan kurang jelas dan boleh menjurus kepada penyalahgunaan oleh pihak berkuasa apabila akta itu diwartakan kelak.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi ketika menggulung perbahasan rang undang-undang itu di Dewan Rakyat, bagaimanapun memberi jaminan bahawa penyalahgunaan tidak akan berlaku dalam penguatkuasaan akta tersebut kerana sesuatu kes akan dibawa ke mahkamah hanya selepas pihak pendakwaan mempunyai bukti kukuh.

Ini kerana, beliau berkata sekiranya seseorang ditangkap dan disiasat di bawah akta itu, tidak semestinya akan didakwa di mahkamah.



"Perkara itu bergantung kepada Peguam Negara, jika dia yakin ada kes baru, pendakwaan akan dibuat. Kita ada banyak kes di mana polis jalankan siasatan tapi pendakwaan tidak dibuat oleh Peguam Negara," katanya.

Berhubung definisi 'hasutan', Ahmad Zahid berkata ia telah dinyatakan secara jelas di bawah rang undang-undang berkenaan.

Ahmad Zahid dalam hujahnya beberapa kali, menegaskan bahawa langkah mengekalkan Akta Hasutan 1948 adalah perlu demi melindungi kepentingan rakyat tanpa mengira kaum dan agama bagi mencegah sesuatu yang buruk daripada berlaku di negara ini.

Ini kerana, katanya akta itu yang telah sekian lama digunakan terbukti keberkesanannya sebagai alat paling berkesan untuk menghadapi isu-isu berbaur hasutan dalam memastikan keamanan yang dikecapi selama ini akan terus terpelihara, lapor Astro Awani.


COMMENTS

Name

Advertorial Bisnes Business Dunia Events Featured Food Health Health Tips Homestay Informasi Interests Kerajaan Kerjaya Latest Lifestyle Melaka Menarik MH17 Money Mutakhir Muzium News Politik Relationships & Family Resepi Restoran Semasa Sukan Tempat Menarik Terkini Travel Trending
false
ltr
item
Melaka Post: Pindaan Akta Hasutan Dilulus Selepas 14 Jam Dibahas
Pindaan Akta Hasutan Dilulus Selepas 14 Jam Dibahas
Pindaan Akta Hasutan 1948 yang diluluskan dengan pindaan, mula dibahaskan pada 11.30 pagi Khamis, sebelum diluluskan pada 2.30 pagi ini berdasarkan undian suara.
http://1.bp.blogspot.com/-2TBuc1y-rK4/VScvLCNiLvI/AAAAAAAABtg/Gh1HWItyVJM/s1600/dewan%2Brakyat.jpg
http://1.bp.blogspot.com/-2TBuc1y-rK4/VScvLCNiLvI/AAAAAAAABtg/Gh1HWItyVJM/s72-c/dewan%2Brakyat.jpg
Melaka Post
http://www.melakapost.com/2015/04/pindaan-akta-hasutan-dilulus-selepas-14.html
http://www.melakapost.com/
http://www.melakapost.com/
http://www.melakapost.com/2015/04/pindaan-akta-hasutan-dilulus-selepas-14.html
true
1575416290602252359
UTF-8
Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All ANDA MUNGKIN MEMINATI INI LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS CONTENT IS PREMIUM Please share to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy