Peniaga Maut Rempuh Pokok

Seorang peniaga kedai runcit sempat membeli barang keperluan niaga dekat Pasar borong Bahau di sini, sebelum maut dalam kemalangan di kilometer 15 jalan Bahau-Rompin, pagi semalam

JEMPOL - Seorang peniaga kedai runcit sempat membeli barang keperluan niaga dekat Pasar borong Bahau di sini, sebelum maut dalam kemalangan di kilometer 15 jalan Bahau-Rompin, pagi semalam.

Ketika kejadian kira-kira jam 6.45 pagi itu, mangsa, Muhamad Ridduan Abdul Karim, 35, yang juga Ketua Pemuda Umno Taman Sentosa, Gemas, bertolak ke Bahau ditemani isteri dan anak perempuannya.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Hamzah Alias berkata, namun dalam perjalanan pulang ke Gemas, mangsa yang memandu kenderaan serba guna (MPV) jenis Toyota Wish dipercayai hampir melanggar pokok tumbang di laluannya.

“Bagaimanapun, mangsa sempat memperlahankan kenderaan secara mengejut lalu mengelak dengan masuk ke laluan bertentangan.

“Namun kenderaannya bertembung sebuah lori tiga tan yang menghala ke Bahau. Akibatnya, mangsa cedera parah pada bahagian badan selain tersepit di tempat duduk pemandu serta maut di lokasi,” katanya semalam.

Difahamkan, mayat mangsa dikeluarkan dengan bantuan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Bahau, manakala isteri dan anak mangsa yang hanya cedera ringan dihantar ke Hospital Jempol untuk rawatan.



“Jenazah mangsa dibawa ke hospital sama untuk dibedah siasat. Kejadian masih dalam siasatan di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

Hamzah menambah, sementara itu pemandu dan dua penumpang lori tersebut tidak mengalami sebarang kecederaan serius.

Bapa mangsa, Abdul Karim Samad, 65, berkata, arwah tidak menunjukkan sebarang perubahan ketika dia berjumpa dengannya petang kelmarin.

"Arwah seorang ceria dan suka bergurau. Kami reda dengan ketentuan ini, tapi masih terkejut dengan panggilan mengenai kemalangan pagi ini (semalam),” katanya, lapor Sinar Harian.
Name

Advertorial Bisnes Business Dunia Events Featured Food Health Health Tips Homestay Informasi Interests Kerajaan Kerjaya Latest Lifestyle Melaka Menarik MH17 Money Mutakhir Muzium News Politik Relationships & Family Resepi Restoran Semasa Sukan Tempat Menarik Terkini Travel Trending
false
ltr
item
Melaka Post: Peniaga Maut Rempuh Pokok
Peniaga Maut Rempuh Pokok
Seorang peniaga kedai runcit sempat membeli barang keperluan niaga dekat Pasar borong Bahau di sini, sebelum maut dalam kemalangan di kilometer 15 jalan Bahau-Rompin, pagi semalam
http://1.bp.blogspot.com/-EhihI71FF4E/VScqP7cgC1I/AAAAAAAABtI/7OR6m3mIUwM/s1600/kemalangan.jpg
http://1.bp.blogspot.com/-EhihI71FF4E/VScqP7cgC1I/AAAAAAAABtI/7OR6m3mIUwM/s72-c/kemalangan.jpg
Melaka Post
http://www.melakapost.com/2015/04/peniaga-maut-rempuh-pokok.html
http://www.melakapost.com/
http://www.melakapost.com/
http://www.melakapost.com/2015/04/peniaga-maut-rempuh-pokok.html
true
1575416290602252359
UTF-8
Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All ANDA MUNGKIN MEMINATI INI LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS CONTENT IS PREMIUM Please share to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy