Pengurus Ladang Maut, Majikan Parah Disamun Pekerja

Seorang pengurus ladang kelapa sawit maut, manakala majikannya parah akibat ditembak dalam insiden samun di Ladang Tongsang, Batu 4, dekat Sukai di sini, lewat petang semalam.

KINABATANGAN - Seorang pengurus ladang kelapa sawit maut, manakala majikannya parah akibat ditembak dalam insiden samun di Ladang Tongsang, Batu 4, dekat Sukai di sini, lewat petang semalam. 

Kejadian pada kira-kira jam 6 petang itu dipercayai didalangi oleh dua buruh ladang terbabit yang melarikan wang gaji untuk pekerja dianggarkan berjumlah RM18,000. 

Dalam kejadian itu, Yuen Wing Wah, 50, ditemui mati dalam pejabat di ladang berkenaan, manakala pemilik ladang, Danny Wong, 30, yang berlumuran darah sempat keluar dan meminta pertolongan untuk dihantar ke hospital. 

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman, berkata kejadian itu disedari seorang mandur ladang berkenaan yang terdengar dua das tembakan. 

"Berdasarkan maklumat mandur ladang, hari ini adalah pembayaran gaji pekerja ladang Tongsang, selain pekerja tiga ladang lain menerima gaji masing-masing kemudian yang mana pemiliknya menyediakan RM18,000 untuk tujuan itu bagi setiap ladang. 



Pemeriksaan mendapati semua wang gaji itu telah tiada dalam pejabat dipercayai diambil oleh kedua-dua suspek. 

"Seorang saksi telah melihat kedua-dua suspek di kawasan berhampiran pejabat sebelum tembakan berlaku," katanya di sini, hari ini. 

Jalaluddin berkata, pemeriksaan di rumah suspek menemui sebutir peluru hidup jenis .38 dan satu peluru hidup jenis colt 45. "Polis kini menjalankan gerakan memburu kedua-dua suspek dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh," katanya dipetik dari Berita Harian.

COMMENTS

Name

Advertorial Bisnes Business Dunia Events Featured Food Health Health Tips Homestay Informasi Interests Kerajaan Kerjaya Latest Lifestyle Melaka Menarik MH17 Money Mutakhir Muzium News Politik Relationships & Family Resepi Restoran Semasa Sukan Tempat Menarik Terkini Travel Trending
false
ltr
item
Melaka Post: Pengurus Ladang Maut, Majikan Parah Disamun Pekerja
Pengurus Ladang Maut, Majikan Parah Disamun Pekerja
Seorang pengurus ladang kelapa sawit maut, manakala majikannya parah akibat ditembak dalam insiden samun di Ladang Tongsang, Batu 4, dekat Sukai di sini, lewat petang semalam.
http://4.bp.blogspot.com/-mmoq2xgtorw/VSzCV9UIB5I/AAAAAAAABxk/OqwxRL16-QA/s1600/polis.jpg
http://4.bp.blogspot.com/-mmoq2xgtorw/VSzCV9UIB5I/AAAAAAAABxk/OqwxRL16-QA/s72-c/polis.jpg
Melaka Post
http://www.melakapost.com/2015/04/pengurus-ladang-maut-majikan-parah.html
http://www.melakapost.com/
http://www.melakapost.com/
http://www.melakapost.com/2015/04/pengurus-ladang-maut-majikan-parah.html
true
1575416290602252359
UTF-8
Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All ANDA MUNGKIN MEMINATI INI LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS CONTENT IS PREMIUM Please share to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy