PDRM Musnahkan Bom Tangan Di Stesen Minyak

nit Pemusnah Bom Polis Diraja Malaysia Polis Diraja Malaysia (PDRM) meletupkan bom tangan yang ditemui dalam sebuah bungkusan hitam di dalam tandas lelaki di sebuah stesen minyak di Jalan Kulim di sini, tengah malam Isnin.

BUKIT MERTAJAM - Unit Pemusnah Bom Polis Diraja Malaysia Polis Diraja Malaysia (PDRM) meletupkan bom tangan yang ditemui dalam sebuah bungkusan hitam di dalam tandas lelaki di sebuah stesen minyak di Jalan Kulim di sini, tengah malam Isnin.

Bom berkenaan diletupkan dengan bantuan Pasukan Bomba dan Penyelamat pada pukul 12.05 tengah malam, kira-kira 10 meter di luar tandas stesen minyak itu.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT), ACP Rusli Mohd Noor berkata bom tangan itu diletupkan selepas pemeriksaan bomba mendapati kesan pemewapan gas yang terhasil daripada bahan api hanya lima peratus.

"Polis mengambil kira keadaan persekitaran stesen minyak itu sebelum meletupkan bom berkenaan," katanya di tempat kejadian di sini.

Bungkusan hitam itu ditemui oleh orang awam yang menggunakan tandas berkenaan kira-kira pukul 4.30 petang tadi.

Berikutan penemuan itu, polis menutup kawasan berkenaan dan memindahkan beberapa penduduk berhampiran stesen minyak itu sejak pukul 7 petang bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini.

Beberapa jentera bomba dan pasukan Unit Bahan Berbahaya (HAZMAT) dari Jabatan Bomba dan Penyelamat turut berada di kawasan berkenaan.

Rusli berkata operasi stesen minyak berkenaan ditutup sebaik sahaja bahan letupan itu ditemukan.

Beliau berkata polis akan meneliti CCTV yang terdapat di stesen minyak berkenaan bagi mengesan pihak yang meletakkan bom tangan tersebut di tandas itu.

"Motif kejadian tidak diketahui dan polis akan memanggil pemilik dan pekerja stesen minyak berkenaan bagi menjalankan siasatan daripada semua aspek.


"Pemilik stesen minyak itu juga dikatakan tidak menerima sebarang ugutan," katanya.

Rusli berkata siasatan lanjut masih dijalankan dan meminta kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu agar menghubungi balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.

Sementara itu, Pengarah Bomba dan Penyelamat negeri, Azmi Tamat yang turut berada di tempat kejadian, berkata pihaknya telah menjalankan beberapa pemeriksaan dan ujian sebelum keputusan untuk membenarkan bom itu diletupkan.

"Kami takut kalau meletup ada api dan merebak ke stesen minyak tetapi Alhamdulillah semua terkawal. Keadaan stesen minyak selamat sekarang ini," katanya.

COMMENTS

Name

Advertorial Bisnes Business Dunia Events Featured Food Health Health Tips Homestay Informasi Interests Kerajaan Kerjaya Latest Lifestyle Melaka Menarik MH17 Money Mutakhir Muzium News Politik Relationships & Family Resepi Restoran Semasa Sukan Tempat Menarik Terkini Travel Trending
false
ltr
item
Melaka Post: PDRM Musnahkan Bom Tangan Di Stesen Minyak
PDRM Musnahkan Bom Tangan Di Stesen Minyak
nit Pemusnah Bom Polis Diraja Malaysia Polis Diraja Malaysia (PDRM) meletupkan bom tangan yang ditemui dalam sebuah bungkusan hitam di dalam tandas lelaki di sebuah stesen minyak di Jalan Kulim di sini, tengah malam Isnin.
http://2.bp.blogspot.com/-kHR30WHImxc/VSzEvjfGG_I/AAAAAAAABxw/Peu6sEU1Ifg/s1600/bom.jpg
http://2.bp.blogspot.com/-kHR30WHImxc/VSzEvjfGG_I/AAAAAAAABxw/Peu6sEU1Ifg/s72-c/bom.jpg
Melaka Post
http://www.melakapost.com/2015/04/pdrm-musnahkan-bom-tangan-di-stesen.html
http://www.melakapost.com/
http://www.melakapost.com/
http://www.melakapost.com/2015/04/pdrm-musnahkan-bom-tangan-di-stesen.html
true
1575416290602252359
UTF-8
Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All ANDA MUNGKIN MEMINATI INI LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS CONTENT IS PREMIUM Please share to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy