PAS minta dahulukan RUU Persendirian berkaitan hudud - Abdul Hadi

PAS telah meminta usul pembentangan Rang Undang-Undang (RUU) Persendirian berkaitan hudud di Parlimen, didahulukan, kata Presidennya Dat...

PAS telah meminta usul pembentangan Rang Undang-Undang (RUU) Persendirian berkaitan hudud di Parlimen, didahulukan, kata Presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini.

Beliau merujuk kepada pembentangan RUU itu yang membolehkan pelaksanaan hukum hudud di Kelantan.

“Kita ada minta usul (rang undang-undang_ persendirian didahulukan… dan kita akan tunggu keputusan Speaker,” kata Abdul Hadi kepada pemberita ketika ditemui di luar Dewan Rakyat pada Rabu.

Menurutnya, ia merupakan hak bagi kerajaan negeri Kelantan untuk mengemukakan RUU tersebut dan katanya tidak ada halangan dari DAP untuk tidak bersetuju.

“Bahkan dalam perjalanan kita di Pakatan Rakyat, ada banyak perkara yang dilakukan oleh DAP dan PKR tanpa diberitahu kepada PAS,” tegas Abdul Hadi.

Ditanya sama ada beliau telah mendapat sokongan dari ahli UMNO untuk RUU ini dibentangkan, katanya setakat ini perbincangan sudah pun dibuat.

“Tunggu tunggu… insyaAllah perbincangan sudah dibuat dengan UMNO Kelantan… sudah buat dengan UMNO Kelantan,” katanya.



Mengulas tentang tindakan PAS Kawasan Titiwangsa hari ini yang menghantar memorandum ke Parlimen meminta sokongan terhadap pembentangan RUU tersebut, katanya itu adalah kewajipan orang Islam untuk menyokong undang-undang itu.

Terdahulu, PAS Titiwangsa telah mengemukakan satu memorandum menyokong RUU Persendirian Kanun Jenayah Syariah II 1993 (Pindaan 2015) untuk dibentangkan oleh Abdul Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang.

Pada 18 Mac lalu, Abdul Hadi telahpun mengemukakan satu notis bagi usul tersebut dibentangkan di Dewan Rakyat.

RUU berkenaan telah pun diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan pada 19 Mac lalu, lapor Astro Awani.
Name

Advertorial Bisnes Business Dunia Events Featured Food Health Health Tips Homestay Informasi Interests Kerajaan Kerjaya Latest Lifestyle Melaka Menarik MH17 Money Mutakhir Muzium News Politik Relationships & Family Resepi Restoran Semasa Sukan Tempat Menarik Terkini Travel Trending
false
ltr
item
Melaka Post: PAS minta dahulukan RUU Persendirian berkaitan hudud - Abdul Hadi
PAS minta dahulukan RUU Persendirian berkaitan hudud - Abdul Hadi
http://3.bp.blogspot.com/-Kynfg727EFk/VSTuMmBniCI/AAAAAAAABrs/Wd2SCsjD43A/s1600/PAS%2Bminta%2Bdahulukan%2BRUU%2BPersendirian%2Bberkaitan%2Bhudud%2B-%2BAbdul%2BHadi.jpg
http://3.bp.blogspot.com/-Kynfg727EFk/VSTuMmBniCI/AAAAAAAABrs/Wd2SCsjD43A/s72-c/PAS%2Bminta%2Bdahulukan%2BRUU%2BPersendirian%2Bberkaitan%2Bhudud%2B-%2BAbdul%2BHadi.jpg
Melaka Post
http://www.melakapost.com/2015/04/pas-minta-dahulukan-ruu-persendirian.html
http://www.melakapost.com/
http://www.melakapost.com/
http://www.melakapost.com/2015/04/pas-minta-dahulukan-ruu-persendirian.html
true
1575416290602252359
UTF-8
Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All ANDA MUNGKIN MEMINATI INI LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS CONTENT IS PREMIUM Please share to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy