'Najib Sudah Berikan Yang Terbaik'

"Bagi saya, Najib dah memimpin dengan baik. Ketokohan beliau diiktiraf di luar negara dan beliau dihormati kerana kebijaksanaannya.Tapi dalam negara pun beliau kena hebat juga tapi malangnya beliau dikritik hebat sejak akhir-akhir ini," katanya.

KOTA BHARU - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak membawa banyak pembaharuan kepada negara terutama berkaitan perpaduan dan pemberian pelbagai bantuan bagi meringankan beban rakyat, kata Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Beliau berkata, antara perkara pertama yang dilakukan Najib ketika mengambil alih jawatan perdana menteri adalah memperkenalkan konsep 1Malaysia bagi menggalakkan perpaduan dalam kalangan rakyat.

"Tapi ramai yang salah ertikan dengan mengatakan ia menggalakkan pluralisme," katanya pada majlis "Malam  Anugerah Kelab Media Kelantan Darul Naim (Kemudi) 2014" di sini, malam tadi.

Hadir sama Pengarah Jabatan Pembangunan Persekutuan Datuk Makhtar Mustapha, Presiden Kemudi Azran Fitri Abdul Rahim dan Presiden Kelab Wartawan Terengganu (Kawat), Ayob Mamat. 
     
Beliau berkata, Najib juga telah memperkenalkan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) kepada golongan berpendapatan rendah kerana beliau mempunyai rasa ihsan yang tinggi.

Menyentuh tentang pembelian pesawat eksekutif Airbus Corporate Jetliner (ACJ320), Mustapa berkata, ia adalah untuk  kegunaan rasmi Yang di-Pertuan Agong, perdana menteri dan menteri-menteri kanan.

"Ini adalah penting bagi mempercepatkan urusan kerajaan kerana bagi pemimpin, masa itu emas.



"Bagi saya, Najib dah memimpin dengan baik. Ketokohan beliau diiktiraf di luar negara dan beliau dihormati kerana kebijaksanaannya.Tapi dalam negara pun beliau kena hebat juga tapi malangnya beliau dikritik hebat sejak akhir-akhir ini," katanya.

Untuk itu, Mustapa berkata, rakyat perlu memberi sokongan kepada Najib dalam meneruskan usahanya membangunkan negara.

"Saya orang lama, dah bertugas dengan tiga Perdana Menteri (Tun Dr Mahathir Mohamed, Tun Abdullah Ahmad Badawi dan Datuk Seri Najib Tun Razak). Saya pernah bertugas dengan Tun Mahathir dalam Majlis Tindakan Ekonomi Negara. Banyak gelaran (tidak baik) yang orang beri kepada beliau (Tun Dr Mahathir).

"Tapi kami pertahankan beliau (Tun Dr Mahathir) sebab kami fikir beliau paling layak meneraju. Selepas itu Pak Lah (Tun Abdullah) pula. Beliau juga banyak jasa (termasuk) memberi kebebasan kepada media," katanya. - Bernama 

COMMENTS

Name

Advertorial Bisnes Business Dunia Events Featured Food Health Health Tips Homestay Informasi Interests Kerajaan Kerjaya Latest Lifestyle Melaka Menarik MH17 Money Mutakhir Muzium News Politik Relationships & Family Resepi Restoran Semasa Sukan Tempat Menarik Terkini Travel Trending
false
ltr
item
Melaka Post: 'Najib Sudah Berikan Yang Terbaik'
'Najib Sudah Berikan Yang Terbaik'
"Bagi saya, Najib dah memimpin dengan baik. Ketokohan beliau diiktiraf di luar negara dan beliau dihormati kerana kebijaksanaannya.Tapi dalam negara pun beliau kena hebat juga tapi malangnya beliau dikritik hebat sejak akhir-akhir ini," katanya.
http://2.bp.blogspot.com/-jg3mNHx0otI/VStVunNBUSI/AAAAAAAABvg/sCSb16edBho/s1600/menteri.jpg
http://2.bp.blogspot.com/-jg3mNHx0otI/VStVunNBUSI/AAAAAAAABvg/sCSb16edBho/s72-c/menteri.jpg
Melaka Post
http://www.melakapost.com/2015/04/najib-sudah-berikan-yang-terbaik.html
http://www.melakapost.com/
http://www.melakapost.com/
http://www.melakapost.com/2015/04/najib-sudah-berikan-yang-terbaik.html
true
1575416290602252359
UTF-8
Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All ANDA MUNGKIN MEMINATI INI LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS CONTENT IS PREMIUM Please share to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy